Advertisement

Sunday, December 20, 2015

Yuran Little Caliph 2016

Aritu aku ada buat entry pasal "Discontinue Little Caliph" tapi aku dah delete sebab anak aku taknak tukar sekolah..huhuhu
Bila dah jadi mak-mak ni kena pikirkan emosi dan keselesaan anak dari diri sendiri..
Memang aku tak puas ati pada pihak sekolah aritu (pasal kes haze),tapi aku dah maafkan segalanya..manusia mana tak pernah buat silap kan...cuma aku harap principle akan buat improvement untuk next year..
Aku akui,sejak little boy kat Little Caliph,banyak dah improvement pada diri dia..Kalau aku dulu 5 tahun masih dok main jongkang jongkit..tapi my little boy pada usia ni dah pandai baca..dah pandai solat and the most thing is,aku observe dia sangat disiplin..

Ok..back to the story...yuran little caliph untuk 2016 dah increase sikit...last year aku bayar dalam rm 16++ tapi this year dah RM 1860..
Korang jangan tanya pulak kenapa mahal dan tak sama dengan branch lain..pengurusan tadika berbeza so of course la yuran berbeza...kalau murah lagi mungkin ada hidden charge..i mean nanti masa school trip diorang akan mintak lagi duit kat parents..Untuk yuran yang aku bayar ni..all in...termasuk untuk convocation day..dan termasuk yuran bulan 1 & 11..okla kan..


Monthly pulak RM 400...last year rm 380 ja..tahun ni dah increase RM 20..no big deal..asalkan anak aku dapat apa yang dia nak..and aku sebagai parents of course nak yang terbaik untuk anak kan..
Bak kata orang..high investment..high return..(*^*)

Sesetengah orang mungkin pikir,kenapa la nak hantar anak sekolah mahal-mahal..tapi setiap orang ada minat berbeza..macam aku..aku tak kisah spend untuk anak..Ada setengah orang pulak..diorang prefer spend kat diri sendiri..beli barang berjenama..anak hantar sekolah biasa pun takpe..Terpulang pada diri masing-masing..
Wa punya duit..wa punya suka la..hahahaha

Luv,Eika

 

No comments:

Post a Comment