Advertisement

Sunday, December 20, 2015

Yuran Little Caliph 2016

Aritu aku ada buat entry pasal "Discontinue Little Caliph" tapi aku dah delete sebab anak aku taknak tukar sekolah..huhuhu
Bila dah jadi mak-mak ni kena pikirkan emosi dan keselesaan anak dari diri sendiri..
Memang aku tak puas ati pada pihak sekolah aritu (pasal kes haze),tapi aku dah maafkan segalanya..manusia mana tak pernah buat silap kan...cuma aku harap principle akan buat improvement untuk next year..
Aku akui,sejak little boy kat Little Caliph,banyak dah improvement pada diri dia..Kalau aku dulu 5 tahun masih dok main jongkang jongkit..tapi my little boy pada usia ni dah pandai baca..dah pandai solat and the most thing is,aku observe dia sangat disiplin..

Ok..back to the story...yuran little caliph untuk 2016 dah increase sikit...last year aku bayar dalam rm 16++ tapi this year dah RM 1860..
Korang jangan tanya pulak kenapa mahal dan tak sama dengan branch lain..pengurusan tadika berbeza so of course la yuran berbeza...kalau murah lagi mungkin ada hidden charge..i mean nanti masa school trip diorang akan mintak lagi duit kat parents..Untuk yuran yang aku bayar ni..all in...termasuk untuk convocation day..dan termasuk yuran bulan 1 & 11..okla kan..


Monthly pulak RM 400...last year rm 380 ja..tahun ni dah increase RM 20..no big deal..asalkan anak aku dapat apa yang dia nak..and aku sebagai parents of course nak yang terbaik untuk anak kan..
Bak kata orang..high investment..high return..(*^*)

Sesetengah orang mungkin pikir,kenapa la nak hantar anak sekolah mahal-mahal..tapi setiap orang ada minat berbeza..macam aku..aku tak kisah spend untuk anak..Ada setengah orang pulak..diorang prefer spend kat diri sendiri..beli barang berjenama..anak hantar sekolah biasa pun takpe..Terpulang pada diri masing-masing..
Wa punya duit..wa punya suka la..hahahaha

Luv,Eika

 

Wednesday, December 9, 2015

Dinner Tema Retro 70 an - Bayview Beach Resort,Batu Feringghi, Penang

Assalamualaikum semua..

Entry ni dah lama sangat tertangguh..ni cita bulan 10 aritu tapi sekarang ni baru ada masa nak update..Bz dengan urusan harian membataskan niat untuk menulis..hehe..*alasan*

Dinner dan Family Day telah diadakan pada 16/17 Oct 2015 bertempat di Bayview Beach Hotel, Batu Feringghi..Hotel bertaraf 4 bintang uolls..kalau nak bayar sendiri mestilah kedekut kan..tapi dah company sponsor dinner + accomodation..haruslah awal awal feedback cakap nak pi..
Hampa bayangkan staff sahaja 100++ dan total yang pergi tu dalam 70-80 keluarga..so diorang book lebih dari 70-80 bilik kot sebab kalau family besar dapat 2 bilik (connection room)..Aku rasa diorang spend almost 100k untuk semua ni..hebat bak hang..

posing masa sampai


Ni bilik yang kami dapat..picture google ja sebab dah terdelete dari phone..mihihihi..Bilik besar and dapat extra bed sebab boy aku dah besar so takleh share katil..lagipun malam karang kalau katil gerak dia terjaga plak kan..kihkihkih

 
Dinner start pukul 7.30 malam di Grand Ballroom.Besar gila ballroom.Sebelum ni pernah ada event International Dance kat ballroom nih..so hampa bayangkan la besaq mana...*tutup mata cuba bayangkan*
 
Aku dressing sesimple yang bole la..just ikut tema dekat peplum ja kot..yang lain aku hentam saja..Aku sebenarnya segan nak overshadow..lagipun ni bukan company aku kerja..aku hanya bekerja di dalam bangunan yang sama..sebab company yang aku kerja provide Professional Services to company nih...means that aku kerja sebagai Admin di Syarikat A...yang buat dinner ni Syarikat B..so dah kerja di tempat yang sama dan bos-bos mat salleh aku provide professional services kepada Syarikat B..so diorang invite la kami sama-sama..faham??hehehe
Actually aku rasa beruntung jugak..even different company..tapi apa ja event yang depa anjurkan..depa akan tetap jemput kami..and corporate shirt semua kami dapat...kami adalah sebahagian dari depa..depa still memerlukan expatriate untuk advice syarikat depa..so begitulah serba sedikit ceritanya...
 
Jom sambung balik bab dinner dengan melayan gambar-gambar kat bawah...semua bosses sporting gila..diorang memang ikut tema (pakai rambut alfro dan seluaq yang kaki besaq tu haa).seronok tgk..siap masa persembahan pembukaan..bosses yang menari Daddy Cool...memang cool abis..
 
Little Boy

 
Mummy

 
 
 
Possing kat photo booth
 
Bosses sporting giler
 
 
Dinner berakhir kul 11 malam..aku langsung tak snap picture makanan sebab ralit tengok persembahan...persembahan staff pun ada...tapi aku tak tergolong sebab macam aku cakap tadi..kami special guest jer..mihihihi..
 
Special thanks to bosses and staff yang bertungkus lumus untuk event ni..
 
Pas abis dinner balik lena sebab esoknya ada family day..
 
**Gambar bawah ni gambar the next day..aku snap masa little boy tengah tido..tido lena dia tak sedar diri dah..selesa sungguh dia tido hotel..



Luv,
Eka
 

Tuesday, December 8, 2015

Ladang Anggur Tasik Beris,Sik,Kedah

Plan nak pi ladang Anggur ni dibuat sebab pi kenduri kat area sana..so dah dekat sangat kan..mehla kita pi melawat..
Masa sampai ujan rintik-rintik..tapi kami dah sediakan payung sebelum hujan..so tak jadi masalah..hihi

Ladang ni terletak di Sik Kedah.Ampa guna waze ja..mesti tak sesat!

Entrance Fee aku dok expect dalam rm 2-3 ja..tapi RM 6 untuk dewasa dann RM 3 untuk kanak-kanak 7-12 tahun..bawah 7 tahun FOC.Mahal gak kan entrance fee dia..tapi dah sampai masuk pi la tengok tempat..
Buah tak banyak sangat tapi still ada...Dalam gambar bukan main nampak banyak..padahal zoom dekat-dekat..mihehehehe...so hampa layan gambar jala..aku tak tau nak celoteh apa..hihi










Bagi aku ladang ni kalau saja-saja nak melawat tak worth it la..dahla jauh kan..pokok pulak tak banyak mana masa kami pi..Ada banyak pokok yang baru ditanam..So kalau hampa nak pi aku suggest lagi 1/2 tahun pi..dan la pokok yang ditanam tu tumbuh dan berbuah..itu kalau betul la jangkaan aku..kalau tak betui pi tengok daun and batang jala..muahaha..bye!!