Advertisement

Monday, November 30, 2015

Little Caliph Grand Ihtifal 2015

Majlis Grand Ihtifal (Konsert Akhir Tahun) Little Caliph 2015 telah diadakan pada 22 November lepas di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas.Majlis ni digabungkan bersama 2 lagi branch iaitu Little Caliph Sungai 2 dan Little Caliph Sungai Jawi.

Seminggu sebelum majlis,teacher dah bagi notis kepada parents,untuk 5 years kena pakai jubah hijau emerald/hijau tua.So,aku start cari jubah kt Mydin pada hari jumaat (last minit puya kerja).Cari punya cari,still tak jumpa,the next day..sabtu..aku pi Kompleks Kailan,semua kedai aku masuk tanya..tapi takdak jugak..yang ada cuma warna hitam and putih..pastu pikir punya pikir..kami pi tanya tailor..tailor tu cakap boleh siap dalam masa 3 jam..wow..cpt gila..so kami terus tempah ja..asben aku cakap..kalau cari pun belum tentu jumpa..so terus tempah dengan harga RM 50 termasuk kain+ upah..pejam mata jala bayaq..anak sorang..huhuhu..settle bab danial...

Esok tu..ahad seawal 10.30 dah hantaq danial ke hotel untuk rehearsal..nasib baik dekat dengan rumah..kalau jauh mau bising mama danial ni..dahla minyak keta bukan murah lani..


Anak teruna posing sebelum pi rehearsal..2-3 ari sebelum tu kalut sungguh tanya..mama..bila nak pi hotel..hehehe

Majlis bermula pukul 1.30 petang..pukul 12.30 parents dah boleh buat registration.Aku memang pi awal dengan harapan nak dok depan-depan..tapi non hado...seat depan semua reserved untuk 6 years old student *keciwa betui*

 
Sebelum start mehla tuan tanah selfie sekeping..eh..napa macam kakak danial ja..wekkk *sila loya tekak*

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari patron of TLC Sg 2..And then ada special speech by founder of TLC program,Puan Sabariah Faridah and Tuan Haji Roslan..

Persembahan dimulakan dengan nyanyian lagu "Kun Anta" dari students 4 years old TLC Sg 2..follow by persembahan dari TLC lain-lain..ada macam-macam persembahan..boria,story telling dan lain-lain..aku tengok kat program..persembahan my little son,persembahan yang ke 2 last before majlis konvokesyen.. best jugak tengok bebudak ni buat persembahan..comel ja..hihi





Nak dekat-dekat sampai persembahan little son,aku keluar dari dewan and pi tengok dia kt belakang..dia pegang bentuk love..coz lagu nasyid yang depa sampaikan tu lirik dia macam ni"We love Muhammad,Oh yes we do"

Masa ni rasa sebak *sob sob*sebab tak sangka anak dah besar sangat..and apa yang aku kagum..dia berlatih and hafal lirik ni untuk persembahkan pada kami..good job syg mama..i love u!!






Anak teruna berjubah hijau..comel dan sejuk mata memandang..semoga jadi anak yang soleh ya syg..
As what teachers said in the beginning of event..anak kita ialah satu pelaburan di dunia..bila kita tiada nanti,dialah yang akan doakan kita dialam sana..so didiklah dengan sempurna..*nangis*

Gambar kat bawah ni kami snap dekat photobooth..kalau nak guna khidmat depa kena bayar rm 13 kot untuk gambar size 5R...aku tak pasti sebab tak pi tanya in details..
Oleh sebab takmau bayaq..so kami guna kamera sendiri..mihmih






Selesai little boy buat persembahan,kami pun balik sebab majlis pakai baju konvo tu tak melibatkan anak kami coz dia baru 5 tahun..konvo untuk students 6 tahun sahaja...

Warkah untuk anak mama:
Mama & Papa usaha berikan pendidikan terbaik untuk danial walaupun gaji mama bukannya 5k sebulan..tapi mama tetap usaha asalkan abg danial boleh belajar di pra-sekolah yang baik dan berkualiti..
Bila dah besar nanti,kalau abg danial baca blog mama..mama nak abg danial tahu yang mama always love u and will do anything for u..
Yes..this i promise you!!

 

2 comments: