Advertisement

Wednesday, March 18, 2015

Tips Merawat Anak Demam

Sekarang ni cuaca sangatlah panas...hujan langsung tak ada...
Bila keluar lunch tengahari..nak ja balik cepat-cepat sebab tak tahan dengan keadaan panas..

Bila cuaca macam ni memanglah akan ada masalah kesihatan seperti Demam, Batuk dan Selsema..
Last thursday my son demam,memula masa ambil dia kat sekolah dah rasa badan panas semacam..malam tu just bagi ubat yang masih ada dalam fridge..lepas tu aku jelum kepala dia dengan air sejuk...

Esok pagi tu badan dah sejuk semula,so aku still hantar dia ke sekolah..nampak macam dia ok..tenghari pun teacher tak kol..so aku ingt keadaan dia pulih sepenuhnya..tapi petangnya pas ambil dia dari sekolah,dia mengadu pening kepala..balik rumah aku suruh dia mandi..pas mandi pun suhu badan masih tinggi,so kami decide bawak dia pergi clinic...
Masa jumpa doktor,doktor cakap suhu badan dia 38.5,terkejut aku..memang tinggi la demam...
Pas balik tu terus bagi ubat..doktor pesan bagi setiap 6 jam..time balik dah 9 mlm..so esok pagi kul 4 pagi kena bagi semula..

Bila anak demam ni,memang mak pak automatik tak boleh lena...takut nak terlena..takut temperature tinggi tgh mlm...mcm2 lah perasaan...

Malam tu hubby aku dah prepare siap-siap ubat letak dalam bilik,sekali dgn susu dan air masak..
Tapi,menjelang pagi tu badan dah sejuk..mgkin suhu dah turun..so kami tak bagi ubat...esoknya baru kami bagi...

Alhamdulillah,pagi tu dia dah sihat dan menonton tv cam biasa..sabtu day mmg aku cuti..so layankanlah anak tengok katun sepagi..hehehe

Here are some tips untuk merawat anak demam:
1) Kalau bole spare termometer kt rumah..senang nak check suhu badan anak...
2)Kalau panas tinggi sangat,cepat2 bawak pergi klinik
3) Kalau temperature tak turun dan anak muntah2 dan cirit birit..tolong bawak anak secepat mungkin ke hospital
4) Jangan tinggalkan anak sendirian..(kalau temperature terlalu tinggi ada possibility tarik,tahu tak tarik?sawan?minta dijauhkan la...takuttt
5)Air masak..tolong minum banyak-banyak...supaya badan tak Dehydrate...
6) Jelum la kepala anak kerap-kerap..tak susah pun..kalau ada daun lagi bagus..kalau takda just jelum dengan air sejuk..tahu tak apa tu jelum?ni bahasa orang utara...jelum tu mcm lap2 kepala anak la..dengan air yang banyak...
7)Ubat antibiotik tolongla bagi sampai habis...

Itu ja tips aku nak kongsi..anak aku pun dah 5 tahun sekarang...penjagaan taklah teruk sangat dibandingkan masa dia baby dulu...dulu demam or sakit tak tahu nak cakap..sekarang dah pandai beritahu...cuma bezanya dulu senang makan ubat...lani makan ubat jenuh paksa...hahahahaha
 

Tuesday, March 17, 2015

Kesan Marah Anak

Sejak jadi mak-mak ni kan..aku banyak cari maklumat tentang anak..Cara didik anak,cara pujuk anak dan cara layan anak...salah satu tajuk yang buat aku tertarik sgt ialah kesan marah dan pukul anak..
Bagi kita small matter kan..tapi byk kesan buruknya tau..kita anggap pukul anak sebagai salah satu pengajaran..tapi sebenarnya tak..kalau kita dah biasa pukul anak..dia akan membesar dengan persekitaran negatif dan menjadi aggresive dan pembengis kelak..

Dan kalau hampa nak tau..anak2 ni dia akan mewarisi sikap ibu bapa dia sendiri..means jika mak pak suka cakap tengking2..anak2 akan ikut..begitu juga kalau mak pak suka cakap lepas..maksud aku suka cakap bodoh dan sebagainya...jgn tanya kenapa anak pandai cakap bodoh...sebab sikap tu diwarisi oleh kedua ibubapanya sendiri..(jgn marah ya...aku cuma bg contoh)


Aku tak pasti bila tarikh keratan akhbar ni...pembentukan peribadi anak bermula dari ibu bapa sendiri..
So nasihat aku..nak didik anak senang ja..bagi contoh yang baik..kita sebagai Islam kena amalkan gaya hidup Islam..bila tiba waktu solat..ajak anak solat...
Bak kata orang tua2..melentur buluh biarlah dari rebungnya...Insyallah jika solat terjaga..keperibadian pun terjaga...

Pengalaman aku sendiri membesarkan anak..memang banyak sangat kelaku dia yang buat aku panas ati..biasala kan..anak lelaki...kalau tak lompat,lari sana sini bukan anak lelaki la..

Pastu sgt2 degil..Ingt lagi masa dia lingkungan umur 2 tahun...asal dia tak dengar cakap ja..mesti kena pulas telinga..sampaikan sekarang bila dia tak dengar cakap dan kena marah..dia dh tutup siap2 telinga dengan tangan..takut kena pulas...huhuhu..kesian sgt tgk..tp itula..since dia kecil dh kena..sekarang ni aku cuba avoidnya tarik telinga or pukul tangan dia..aku gunakan kaedah cakap dengan dia dan psikologi..


Tgk gambar ni..sedihkan..anak kena marah dan takda tempat mengadu..sedih ja sorang2...
Teringat pulak kt anak sorang aku tu...huhuhu


So,kepada sesiapa yang ada anak nakal,bolehla amalkan doa ni..Insyaallah,dapat membantu...
Malam2 masa anak nak tido,time dia lena-lena ayam...cuba cakap perkataan positif kat dia macam:

1)Anak mama ni baik kan,dengar cakap mama
2) Anak mama pandai pergi sekolah,boleh dapat no 1
3) Mama sayang sangat anak mama..besar nanti jadi anak yang berguna ya...

Sebab apa cakap time ni?Sebabnya time ni la otak kanannya bekerja dan dia akan ingt apa yang kita pesan...Amalkan tiap2 malam naa..

Sebelum mengakhiri entry ni,just nak pesan...bila kita tengking anak,memori tu tersimpan di otak kiri..dan dia akan ingat sampai bila2...kalau buat salah dengan anak..tak salah kita minta maaf pada dia...jangan ingat dia kecil,kita tak perlu minta maaf..
Sama-samalah kita menjaga emosi anak...

Luv~~
Eka
 

Tips Beli Rumah Pertama

Semua orang mengimpikan rumah sendiri..Betul tak?
Same goes to me..sebelum beli rumah,aku memang pasang angan-angan tinggi nak hias rumah sendiri...Time tu umur aku 23 tahun...Since kawen aku dok dgn mertua aku..aku kawen tahun 2009..
2 tahun lepas tu (tahun 2011),aku pujuk asben untuk beli rumah sendiri..masa tu nak kata gaji banyak takla sangat..dgn anak kecik lagi..susu pampers dah berapa kan sebulan..tapi aku tekad..inilah masa yang sesuai...

At first aku minat sangat nk beli rumah di Taman Sg 2 Utama,tapi projek tu xstart2...aku yang masa tu nak sangat beli rumah rasa cm xleh tunggu dh..so kami decide nak beli rumah di Kubang Menerong,kalau ikutkan lokasi..rumah kt Sg 2 lg strategik,sebab dekat dgn highway..tp masa tu gedik sgt nak beli dah..so pergi book rumah..bayar RM 500 time tu untuk booking..

Kepada sesiapa yang nak beli rumah tu,banyak perkara kena consider sebelum booking:

1) Lokasi rumah tu biarlah dekat dgn segala kemudahan awam-for me,rumah aku sekarang strategik juga sebab cuma 5 minit to Mydin Bertam dan 10 minit ke Pekan Kepala Batas..

2) Freehold or leasehold...yang ni pun penting..pada aku baik beli rumah freehold which is pemilikan kekal..kalau leasehold,harga memang murah ckit,akan tetapi...selepas 99 tahun,kerajaan ada hak nak ambik tanah kita tu...itu la beza freehold and leasehold...so..korang pilih la sendiri ya..
kalaula katakan 99 tahun akan datang hampa dh mati..so anak cucu kena beli rumah baru..dan start from beginning..takda harta...paham dk maksud aku??

3) Pemaju..ni sangatlah penting..kita kena tgk pemaju tu boleh dipercayai ke tak..bkn apa..takut rumah terbengkalai or lambat siap..yang tak menyewa ok la..tapi kalau yang bayar rumah sewa sakitlahh...2-2 rumah kena bayar..

4) Duit untuk bayar 10% loan rumah,as for me n hubby,kami keja swasta,so kot mana pun kena buat loan bank..kami pilih public bank sebab interest rate dia rendah..kami bayar 10% kepada pemaju dan selebihnya dibiayai oleh bank...

5) Kepada sesiapa yang takda 10%,boleh keluarkan akaun 2 KWSP untuk bayar,process nak keluarkan tak lama..asalkan pemaju bole tggu 10% okla..ada stgh pemaju tak bole tggu..so pandai2 lah hampa cari sendiri or guna duit simpanan sedia ada..

6) Kos Peguam-kos peguam ni boleh tahan mahalnya...untunglah kalau sapa beli rumah,kos peguam ditanggung oleh pemaju..tapi kan..kalau kos peguam ditanggung ni..diorang akan up ckit harga rumah...hehehe...ada 2 pihak kita kena byar peguam ye..peguam on behalf of pemaju n peguam on behalf or bank...kalau kos peguam pemaju dah tanggung..kos peguam on behalf of bank kena byar sendiri..faham tak???kalau tak faham email aku..hehehe

7) Lastly,tapak rumah kena ambil kira jugak...tapak rumah tu bekas lombong ka..bekas kelapa sawit ka..bkn apa..kalau bekas kelapa sawit,risiko anai2 banyak dan kalau bekas lombong takut berlaku mendapan...lg 1 kawasan tu bole banjir ke tak..semua haruslah consider yer...

Gitulah,tips2 yang aku bole share sejak aku memiliki rumah pertama ni...walaupun bukan bungalow or penthouse or etc...aku tetap bangga dengan hasil titik peluh kami..Alhamdulillah,sebelum usia 30 tahun kami ada rumah sendiri...Syukur...Terima Kasih Ya Allah..

Luv~~
Eka

Monday, March 16, 2015

Kaedah Phonics

Dulu-dulu..aku memang tak pernah tau pasal kaedah cepat membaca phonic ni..
Yela kn..zaman aku belajar tadika dlu..belajar a,b,c ja...mana ada kaedah ni semua..or kalau ada pun time tu mestilah mahal+ aku bukannya dari family kaya...so memang tak mampu la...
Sampai la aku send my lil son ke tadika little caliph..baru aku tau teknik nih dan cara bacaan...
Little Caliph ada module-nya sendiri iaitu Siri Cepat Baca for Bahasa Melayu & Read Easy for English...untuk tadika lain mostly diaorang guna buku Bacalah Anakku & Peter & Jane..

Kaedah phonic ni bukan kemahiran menghafal abjad..tapi lebih kepada kemahiran mendengar dan menyebut consonant dgn betul..



Cuba korang try seach dekat youtube,ada banyak sangat phonics song yang boleh dipelajari..
Beh,eee,a,mmmm..ni antara sebutan2 phonic,kalau nak tau lebih details,try search k..



Selain dari video..korang jugak bole dptkan flashcard or bole buat homeschooling..




As teachers said,untuk sebutan phonic bahasa melayu ,lebih senang jika dibandingkan dgn bahasa inggeris..sebab tu untuk permulaan diorang ajar bahasa melayu dahulu then continue with english..

Buat masa ni,dnial baru baca buku 2...teknik cpt membaca bahasa melayu,lepas habis bahasa melayu,teacher akan continue untuk bahasa inggeris pula...

Kalau sapa2 yg follow fb aku,korang mesti dah tgk aku upload video aritu...actually dnial just start belajar mid of january dan alhamdulillah...dia dh complete buku 1..thanks god...kerana permudahkan..

Tak kisah la cmna pun kan..aku target hujung tahun ni danial dh bole baca dgn lancar...
Insyaallah...Aminn..

Note:Kaedah phonic ni telah terbukti keberkesanan untuk kanak2 cpt membaca..kepada parents yang ada duit lebih...sgt disarankan hantar anak ke tadika yang menggunakan kaedah ni...
Anda akan lihat hasil yang sangat memberansangkan...percayalah

Fast Reading Technique for Little Caliph Parents

Pada 14 Feb lepas..aku dan suami ada attend Fast Reading Technique seminar untuk little caliphs parents..At first hubby taknak follow..dia suruh aku pi sorang ja..tapi aku nak jgk dia teman..
Aku bukannya apa..aku sebenarnya nak dia belajar sama teknik tu..nanti kat rumah dia boleh la ajar danial sama2..

Seminar telah diadakan di Dewan Millenium Kepala Batas,which is dekat sangat dengan rumah kami..Total ada 8 centres yang join seminar ni antaranya TLC Kulim,TLC Taman Pauh,TLC Simpang Ampat dan lain-lain..bole kata 600 parents jgk yang hadir..


Ni reading pounch dnial..at that point of time..dia baru baca buku 1...but now..after sbln dia dah baca buku 2 tau...big applause to him...clap3x..

Seminar ni telah dikendalikan sendiri oleh founder TLC iaitu Puan Sabariah Faridah aka Teacher Fari...Mmg fun sgt teacher ni..suka plak kalau aku jadi anak murid dia..hahaha..

Semua parents diajar teknik pembelajaran kaedah phonic yang digunapakai di little caliph..
Diorang belajar a,ba,ca,da,fa..bkn a,b,c,d...sebab tu parents kena attend seminar ni so that anak2 tak confused bila ibu ajar kat rumah...
As for me,aku baru first time belajar,kalau 2 suku kata aku bole ajar lagi..tapi nanti kalau dah masuk 3 suku kata aku memang perlukan bantuan teacher dnial..

So far,apa yang boleh dirumuskan kt cni...pada parents yang nak antar anak ke little caliph in future...better attend this kind of seminar...tak rugi pun..kita boleh belajar and at the same time kita bole ajar anak kat rumah...cukuplah 5 minit sehari ajar anak membaca...ia sgt2 membantu..
Believe me parents...u can dot it!!

Luv,Eka

Friday, March 13, 2015

Tips Menghadiri Temuduga

Pada sesiapa yang nak g interview tu..meh sini kakak nak bg tips..
Maklumlah..akak ni dlm berpuluh kali attend interview dan mostly keja tu mmg akak dpt..cuma terima atau tak ja..wakakakaka

1.Malam sebelum temuduga tu,cuba baca ckit pasal history syarikat tu..syarikat tu buat apa..servis apa..kalau kilang plak..apa produk depa buat..

2.Tiba di tempat temuduga lebih awal-kalau boleh awal 30 minit pun xpa..ini menunjukkan kita ni punctual pada masa dan ada disiplin yang tinggi tentang masa

3.Pakaian haruslah sopan,kalau bole pakai baju warna gelap,takla nmpk menonjol sgt kn..pls avoid pakaian warna merah..sakit nau mata..lg 1..jgn pulak pakai jeans pi temuduga..pakai tu biarlah casual..

4.Makeup jgn tebai sgt naa...tak payah pakai bulu mata pelesu..biaq nampak natural ja..
Lipstick plak pakai yang sweet2 gitu..kaler pink ka...jgn pakai merah or ungu k..nampak cm pelik ja..bkn nak pi kenduri..nak mai mntk kerja..pada yg laki sisir la rambut cun2..kalau ada jambang kasi trim...

5.Resume tu kalau bole tak perlu tulis expected salary lg..tulis ja negotiable..
Macam akak sendiri..akak biarkan interviewver tu impress pada diri akak dlu..baru bincang pasal gaji..ni belum apa2 dah tgk gaji tggi..konpom dia reject awal..

6.Bila interviewver tanya soalan,jawab dengan confident...kalau tak pasti jawapan..jawab ja tak sure..jgn menipu pulak..soalan paling kerap ditanya kenapa anda nak resign dari tempat lama,so,jgnlah jawab sesuatu yang negatif,contohnya bergaduh dengan boss ka...
Just jawab nak cari pengalaman baru,or nak cari pekerjaan yang sesuai dgn bidang saya..

7.Lepas abis temuduga,kalau interviewver tanya ada apa soalan tak..jgn la terus cakap takda soalan..cuba tanya..kalau saya diterima bekerja,berapa lama masa akan diambil untuk tahu results...gituu...

8.Pas seminggu temuduga,try la kol follow up...itu untuk menunjukkan kita betul2 berminat dgn pekerjaan tersebut..

So,rasanya dh ckup panjang akak buat karangan ni..
Yang paling penting doa byk2 agar dipermudahkan untuk urusan temuduga..sekiannn...

Eka~~

Thursday, March 12, 2015

Sejarah Pekerjaan Aku

Kalau sapa yang dah kenal aku lama..memang depa dh tau aku ni memang kaki tukaq keja..
Asal dapat offer lebih..mmg bye-bye la tempat keja lama..hehe

Aku kerja selepas SPM...umur 19 tahun...tmpt pertama aku keja adalah di syarikat Chinese Local dimana tmpt tu la aku jumpa hubby aku..hahaha (maluu)

Lepas keja setahun,aku tukaq keja di Seberang Jaya sebab gaji ditawarkan lebih dr tmpt keja sblm ni..pas setahun lebih..aku dpt offer kerja di Prai,kt Prai ni aku kerja lama..nearly 4 tahun...mgkin sbb kawan2 ok dan kerja tak stress..Dalam masa yang sama jugak aku sambung belajar as PJJ student..Aku ambil Diploma in Business Studies...
Boss aku kata,kalau nak naik pangkat,kena smbg belajar..tapi pas aku sambung,dia tak promote aku pun...tapi dia hire Officer baru..

So,aku dah bengang dan start cari keja baru...
Aku dpt keja sebagai Doc Control Officer di Bukit Minyak,tapi aku cuma bertahan keja sbln ja sbb aku dapat tawaran lain di Bagan Lalang...post sama..gaji lebih ckit..so aku chau jgk..hahahaha...

Aku keja kt Bagan Lalang ada la kot 1 tahun lebih jgk..aku dpt offer keja kt Kulim,kt Intel..so haruslah aku angkat kaki..
Walaupun jawatan yang ditawarkan kt Intel cuma kontrak,tp aku ambil dr sudut positive..
Aku percaya once aku join..akan ada oppurtunity utk aku..

Dannn..pas keja setahun lebih jgk kt Intel,aku saja gatai2 tgn search keja baru..
Nak kata sbb stress tak jgk..saja galak agaknya..hehehe
Pas try kt 1 tmpt tu..aku dipanggil temuduga..aku mmg xyakin langsung aku akan dapat kerja sbb aku demand pasal gaji..
Tapi,ternyata..nasib menyebelahi aku..aku diterima bekerja dan aku collect offer letter pada hari yang sama aku pi interview...wahhhh!!

So,sekarang,dan hampir 8 bulan..aku bahagia dgn tempat kerja aku sekarang..
Boss baik,even higher level pun xdk nak sombong2...takdak gosip2 gurl..takdak geng kepoh...ok what??
hehehe..aku totally happy kt cni..
Aku harap jodoh aku panjang kt cni..

Sekian,coretan ikhlas..
Eka~~

Kaedah Merancang Kehamilan-IUD

Hehehehe....
Byk orang tanya...cmna aku rancang kehamilan..yala kan..my little son dah 5 tahun..tapi aku tak pregnant lg..bkn taknak pregnant ya..tapi aku memang rancang..Insyallah..tahun ni aku plan nak ada baby..
Actually ada beberapa kaedah nak rancang kehamilan ni...macam aku sendiri..aku pakai IUD..Aku pakai IUD sejak December 2012..lama sgt dh..so dh tiba masanya nak buang..

Hampa pernah dengaq dak pasal IUD?

Ni maksud IUD naa..An intrauterine device (IUD or coil) is a small contraceptive device, often 'T'-shaped, often containing either copper or levonorgestrel, which is inserted into the uterus. They are one form of long-acting reversible contraception which are the most effective types of reversible birth control.

Cmna pulak rupa IUD nih???kalau ampa tgk mesti gerun..hahaha...

ni IUD yg dipasang pada tuutttt...
Nampak cm ngeri..mcm sakit kn nak masukkan..tp silalah buang perasaan tu jauh2...tak sakit langsung msa pasang tu...jap ja doktor ckp dh siap...

Selama aku pakai IUD ni,memang takda masalah bila bersama..
Cuma ada 1 ja kesan sampingan..period lebih dari biasa..Normally period aku 7 ari...pas pakai IUD period aku 9-10 ari..lama tu..tapi bukan aliran banyak la sepanjang 10 hari tu..

For me,i would suggest korang pakai IUD,sebab IUD ni just alat untuk halang sperm untuk masuk kt tiub follopio..dan takda kesan sampingan kepada hormon kita...

Bulan 4 ni insyallah aku nak tanggalkan IUD ni..so lepasni aku cita pulak sakit ka dak na...hehe...

Harap info ni berguna kepada semua...ta..ta..

Monday, March 9, 2015

Kebaikan Kumon dalam subjek Matematik dan English

Assalamualaikum guys...
Hi my followers yang 5 org tu..hahaha
Sedih kan followes ciput je..tapi takpa..blogging ni hobby aku..so haruslah tulis untuk suka2 dan sengih2 bila baca sendiri..huhu

Bila sebut KUMON..ada orang tahu..dan ada orang tak tahu..at first aku pun tak tahu pasal sejarah KUMON ni..tapi disebabkan perasaan ingin tahu..maka aku memulakan aktiviti blog walking..
Selain tu..aku jgk tanya pendapat kawan alam maya aku...fb friends..so far feedback yang aku dapat memang memuaskan ati..




Korang boleh baca antara feedback2 yg aku dapat dr kwn:

 
Pas baca apa perasaan korang??Mesti berkobar2 kan nak hantar..
Same as aku,terus whatsapp en.suami tanya..dia cakap "memang nak bagi pandai..tapi tak rasa ka pressure anak"..frankly speak..aku rasa tak membebankan pun..besides kindy yg dnial belajar skrg pun takda homework..so waktu yang terluang tu dia bole buat homework kumon..tul tak..
Rather than main game..tgk channel 611-615 tu..huhu

Sedikit sejarah kumon as below.In english ya..kalau tak faham translate la sendiri..hihi

Learning skills develop the ability to reach for one's goals and dreams. Kumon was born out of the bond between a parent and child.

One father's love for his son gave birth to the Kumon Method of learning. After more than half a century, his philosophy still continues to help many children develop the ability to reach for their goals and dreams.
It all began when a young boy's mother found a math test in his pocket. That boy was Takeshi Kumon, and he was in his second year of elementary school. Seeing that his test results were not as good as they usually were, his mother consulted her husband Toru Kumon, who was a high school math teacher at the time. Toru then began making math worksheets for his son, Takeshi.
Toru believed that the work of an educator is to foster a mindset for self-learning in children. So Toru Kumon went through much trial and error when creating learning materials for his son in order that Takeshi would be able to work comfortably with the materials each day and to steadily develop his skills. Based on his experience as a high school teacher, Toru Kumon knew that many senior high school students had problems with their math studies because of insufficient calculation skills. Therefore, he focused on developing Takeshi's calculation skills, and created materials that made it possible for his son to learn independently. This was because, through his own educational experiences, Toru Kumon knew that students could only gain genuine academic ability by making progress on their own.
Toru Kumon wrote out calculation problems on loose-leaf paper for Takeshi, which became the prototype for today's Kumon worksheets. Takeshi quickly developed his ability through studying the materials created by his father for half an hour every day. As a result, he was able to reach the level of differential and integral calculus when he was just a few months into the sixth grade. Following his success with Takeshi, Toru Kumon invited some children from the neighborhood to come and study at his home, and instructed them in a similar way to how he had instructed Takeshi. As a result, all of them greatly improved their academic ability. Seeing this, Toru Kumon wished to develop the potential of as many children as possible with his learning method. In 1958, therefore, he decided to establish an office in Osaka and open more Math Centers. From that year the number of Kumon students began to increase steadily. With reaching high-school level materials through self-learning as the goal, Toru Kumon's aim was to develop the ability of students to the maximum by enabling them to study at a level appropriate for each individual.
Children have an inherent potential to grow. Through their practice of reading, writing, and calculation, students develop the confidence to learn on their own. We at Kumon consider education to be the nurturing of children's ability to achieve self-fulfillment in the future and realize their dreams and goals. Born out of a father's love for his son, Kumon is not restricted by the barriers of language, culture or history. As more people hear about the benefits of the Kumon Method, it continues to reach greater numbers of students throughout the world

So..after berfikir dari beberapa minggu yang lepas,i decided to send my son by end of March..biarlah orang cakap apa pun..yang penting kita tahu apa yg kita buat..

And just an inspiration for all of you...kita kena tanya diri kita...kenapa chinese student bole score A dalam subject math?sebab apa?sebab diorang dah guna teknik ni sekian lama dlu...
Please semua..buang pemikiran negatif kalau orang cakap anak still kecil..tak perlu lg..for me..since they are small kids,kita kena bagi diorang minat math..so that we they grow up older and older they have the ability to score on this subject..Trust me!!

I will enroll Math subject first..Insyallah..
Once danial start his 1st class,nanti aku share dgn hampa..
Thanks kpd semua yang komen..thanks for your advice..Appreciate!!

 

Paintball Tournament

Sabtu lepas aku join Paitball Tournament yang dianjurkan oleh EMAS..
Eventhough aku bukan staff EMAS,tapi every competition depa mesti ajak join sebab aku keja dalam ni and company aku keja ialah Owners Engineer untuk West 132kV Substation Project for NUR.
Memula masa organizer ajak aku macam teragak2..sbb paintball ni selalunya game untuk kaum adam..untuk wanita macam tak sesuai ja sebab very2 tough...hihi
Akan tetapi,setelah diberitahu ada lagi peserta wanita..aku join la jugak for fun..

Sedikit penerangan tentang sukan paintball:
Paintball ialah sejenis sukan dimana para pesertanya menggunakan “marker” untuk menembak paintball (saiz guli, .68 caliber, kapsul gelatin yang dipenuhi dengan cat berwarna kepada pemain yang lain. Sukan ini diperkenalkan pada tahun 1980an dan menjadi terkenal begitu cepat sekali
Sukan ini boleh dimainkan secara indoor atau outdoor dalam pelbagai stail. Tidak ada peraturan tertentu dalam permainan ini. Ianya terpulang kepada objektif, strategi dan daya imaginasi para pemain itu sendiri. Sukan ini menggunakan banyak jenis peralatan dan unik jika dibandingkan dengan sukan lasak yang kain. Malahan ianya menggunakan slanga yang tersendiri dalam berkomunikasi diantara pemain. Bertentangan dengan sesetengah pendapat, paintball merupakan salah satu sukan yang paling selamat dan hanya dimainkan oleh mereka yang mempunyai pelbagai kemahiran.

Actually masa dengar penerangan dari referee..perasaan takut tu ada..tambahan plak dengar bunyi marker tu agak kuat..hehehe..

Luckily group kami turn ke 3 baru main...so dapatlah aku tgk dlu strategi lawan..selamatt!!!
Dup dap dup dap..tibalah turn aku n team..haha..sebelum main posing maut dlu seround...hahaha




Amacam???Sempoi x..tgk cam ganas gila kan..haha..Actually aku mmg minat sukan outdoor ni..
Even masa sekolah menengah pun aku byk wakil sekolah untuk Hoki,Bola Baling dan sebagainya..
Alahh...bola hoki lg keras kot..apalah sgt kena pallet paitball ni..muahahhaa..berlagak kan ckp..kuikui..

Pas main 1st game..bagi aku..ala..senang ja...kalau agak takut xpyh attack org..menyorok ja belakang belon2 tu..hahaha
Tp,alhamdulillah,1st game kami menang..hehehe
Game ke 2 kami kalah..huwaa...sakitnya kena attack...sebab aku tggl sorang ja time tu..maka aku kena tembak di 3 bahagian oleh 4 pihak lawan..ambik habuan..
Total semua 5 game,kami menang 4 game dan kalah 1 game...DAN
Kami diisytihar sebagai winner based on marks that been collected...alhamdulillah...
Hadiah ialah hamper worth RM 60 + beras sorang sekampit (ni perli nak suruh masak ka apa nih?muahahha)
Game abis kul 1 tghari dan aku terus shoot balik rumah lepas penyampaian hadiah...

Esoknyaa....kesan tembakan...


 
ni kat lengan

 
ni kat betis
 
perit ooi...sampai arini masih terasa pedihnya..
Tapi xpa...experience tu dapat jgk aku rasa...hehehe...
 
Gambaq hamper ada snap tapi dh delete dlm phone..so tak boleh la menunjuk kt hampa..hahaha
 
Okla..bye
 
Luv~~Eka
 

Trip to Kelantan/Terengganu 19 Feb~22 Feb 2015

Cuti Chinese New Year lepas,kami sefamily decide untuk ke Kelantan/Terengganu..kami bertolak kul 5 pagi dari rumah dan sampai Kelantan around 11 am.
Perjalanan jauh+ memboringkan ke Pantai Timur sebab kiri kanan hutan..kalau perjalanan kt Selatan aku lebih suka sebab boleh berenti di R&R..
Tapi sebab dah plan nak bercuti sefamily..so haruslah join..lagipun dah lama sgt tak kesana...

Ari first kami ke Pengkalan Kubor,tapi aku xsnap pic pun sebab bateri hp dh kong..kt ctu bagi aku mmg best la..sebab kedai bebas cukai ala-ala langkawi..Segala Corelle,Vision,Pyrex semua ada...
Aku tgk pun nyaris2 nak beli..tapi memandangkan kami nak ke Terengganu lagi..so aku simpan ja duit...tapi kan...sempat jugak sambar Pressure Cooker Vinod dan sudip tefal kegeramanku..hahaha...ranap rm 200++ kat ctu...hurm..

Pas balik dr Pengkalan Kubor,kami terus check in homestay..Homestay ni aku yang cari sebab berdekatan dgn Kota Bahru + sewa pun berpatutan..semalam RM 150 ja even pada musim perayaan..sgt berbaloi..

Untuk hari 1st kami just stay kt homestay..mlm pun xkeluar sebab laki aku letih katanya..mlm tu kakak aku g Wakaf Che Yeh pun kami xfollow..huhu..letih kot drive..aku nak drive tak bagi..

Day 2-K.Bahru
Kami keluar awal ke Pasar Siti Khadijah,jalan jammed tak payah ckp la..mmg sgt jammed n susah cari parking...
Jomla layan pic kami ni..hihihi


 



 
Inilah Rombongan Cik Kiah ke Pantai Timur..hihi
 
Actually kt Pasar Siti Khadijah ni aku cuma beli telekung utk aku n MIL aku..yang lain xbeli pun..
Tetapi,anak teruna aku yang borong mainan..dahla masa singgah Bukit Bunga,dia dah beli..haishh..papa dia la ikutkan sgt..anak sorang la katakan...
 
Pastu terus balik homestay,ari jumaat byk kedai tutup sbb sembahyang Jumaat...Pas rehat2 dapat idea nak pi Butik Fareeda Kubang Kerian..hehehe...dah alang2 sampai haruslah singgah..
Ni pic posing dalam butik..sempat gk sambar 4 helai untuk dijual..kt tuan tanah xdk..tggu xlaku baru pakai sendiri..hahaha
 


 
Pas balik dari Butik,terus ke Pantai Cahaya Bulan,gambaq xdk jugak sebab bateri hp takdak...inilah sbb aku asyik kena marah dgn det...Powerbank ada..tp tak charge..pastu gaduh bateri kong..hahaha
Kami mkn malam sekali kt PCB sambil menikmati angin laut..
 
DAY 3
Kami bertolak dari KB ke Kuala Terengganu kul 9 pagi...kul 1++ arrived KT...kami guna jalan alternatif sebab jalan utama jammed gila...so better guna jalan jauh ckit..tp tak tersangkut..
 

 
Jalan Persisir Pantai
 
 
 Posing di Pantai Penarik sebelum meneruskan perjalanan..
 
Kami sampai KT around pukul 1++...singgah makan di Nasi Kukus then terus ke Pantai Batu Burok.
Nak check in hotel kul 3,so habiskan masa dlu kt cni
Posing itu harusss...hehehe
 

 
 
 Familia
 
Kul 3 check in di Sumai Hotel Apartment,dari hotel just jalan kaki je ke Pantai...bestt...
 
 Anak teruna dah siap salin uniform nak g swimming pool..tak sabar tul dia..

Pas anak teruna mandi kami g Pasar Payang,aku beli kain batik ja..the rest ada la minat jgk tapi kesuntukan masa..plan esok nak dtg lg..

Balik dr pasar payang kami g naik kudu..cantik tau kuda kt cni..ala2 cita cinderella plak..hehe



RM 5 dewasa,RM 3 kanak2...berbaloi la jgk sbb pusing 2x...

Balik dr cni terus tido..

DAY 2-K.Terengganu

Kami g desa murni batik,balik dr ctu terus ke losong untuk beli keropok lekor..then destinasi terakhir kami ke Masjid Kristal



Walaupun macam rushing ckit..tapi so far best sgt terengganu ni...
Pagi tu nak ke Pasar Payang semula pun tak sempat sbb we are running out of time.
Bertolak balik kul 12.30 tghari and guess what..kami sampai rumah kul 11 mlm..
Letih badan dok lam keta..danial pun sampai tido bangun..tido bangun tapi tak sampai2..
Traffic jammed sgt teruk sebab orang nak balik semula ke bandar..
Pasni kalau travel aku takmo dah pilih musim perayaan dan kg org...huhuhu..
Aku rela travel pas perayaan or during weekend...