Advertisement

Sunday, December 20, 2015

Yuran Little Caliph 2016

Aritu aku ada buat entry pasal "Discontinue Little Caliph" tapi aku dah delete sebab anak aku taknak tukar sekolah..huhuhu
Bila dah jadi mak-mak ni kena pikirkan emosi dan keselesaan anak dari diri sendiri..
Memang aku tak puas ati pada pihak sekolah aritu (pasal kes haze),tapi aku dah maafkan segalanya..manusia mana tak pernah buat silap kan...cuma aku harap principle akan buat improvement untuk next year..
Aku akui,sejak little boy kat Little Caliph,banyak dah improvement pada diri dia..Kalau aku dulu 5 tahun masih dok main jongkang jongkit..tapi my little boy pada usia ni dah pandai baca..dah pandai solat and the most thing is,aku observe dia sangat disiplin..

Ok..back to the story...yuran little caliph untuk 2016 dah increase sikit...last year aku bayar dalam rm 16++ tapi this year dah RM 1860..
Korang jangan tanya pulak kenapa mahal dan tak sama dengan branch lain..pengurusan tadika berbeza so of course la yuran berbeza...kalau murah lagi mungkin ada hidden charge..i mean nanti masa school trip diorang akan mintak lagi duit kat parents..Untuk yuran yang aku bayar ni..all in...termasuk untuk convocation day..dan termasuk yuran bulan 1 & 11..okla kan..


Monthly pulak RM 400...last year rm 380 ja..tahun ni dah increase RM 20..no big deal..asalkan anak aku dapat apa yang dia nak..and aku sebagai parents of course nak yang terbaik untuk anak kan..
Bak kata orang..high investment..high return..(*^*)

Sesetengah orang mungkin pikir,kenapa la nak hantar anak sekolah mahal-mahal..tapi setiap orang ada minat berbeza..macam aku..aku tak kisah spend untuk anak..Ada setengah orang pulak..diorang prefer spend kat diri sendiri..beli barang berjenama..anak hantar sekolah biasa pun takpe..Terpulang pada diri masing-masing..
Wa punya duit..wa punya suka la..hahahaha

Luv,Eika

 

Wednesday, December 9, 2015

Dinner Tema Retro 70 an - Bayview Beach Resort,Batu Feringghi, Penang

Assalamualaikum semua..

Entry ni dah lama sangat tertangguh..ni cita bulan 10 aritu tapi sekarang ni baru ada masa nak update..Bz dengan urusan harian membataskan niat untuk menulis..hehe..*alasan*

Dinner dan Family Day telah diadakan pada 16/17 Oct 2015 bertempat di Bayview Beach Hotel, Batu Feringghi..Hotel bertaraf 4 bintang uolls..kalau nak bayar sendiri mestilah kedekut kan..tapi dah company sponsor dinner + accomodation..haruslah awal awal feedback cakap nak pi..
Hampa bayangkan staff sahaja 100++ dan total yang pergi tu dalam 70-80 keluarga..so diorang book lebih dari 70-80 bilik kot sebab kalau family besar dapat 2 bilik (connection room)..Aku rasa diorang spend almost 100k untuk semua ni..hebat bak hang..

posing masa sampai


Ni bilik yang kami dapat..picture google ja sebab dah terdelete dari phone..mihihihi..Bilik besar and dapat extra bed sebab boy aku dah besar so takleh share katil..lagipun malam karang kalau katil gerak dia terjaga plak kan..kihkihkih

 
Dinner start pukul 7.30 malam di Grand Ballroom.Besar gila ballroom.Sebelum ni pernah ada event International Dance kat ballroom nih..so hampa bayangkan la besaq mana...*tutup mata cuba bayangkan*
 
Aku dressing sesimple yang bole la..just ikut tema dekat peplum ja kot..yang lain aku hentam saja..Aku sebenarnya segan nak overshadow..lagipun ni bukan company aku kerja..aku hanya bekerja di dalam bangunan yang sama..sebab company yang aku kerja provide Professional Services to company nih...means that aku kerja sebagai Admin di Syarikat A...yang buat dinner ni Syarikat B..so dah kerja di tempat yang sama dan bos-bos mat salleh aku provide professional services kepada Syarikat B..so diorang invite la kami sama-sama..faham??hehehe
Actually aku rasa beruntung jugak..even different company..tapi apa ja event yang depa anjurkan..depa akan tetap jemput kami..and corporate shirt semua kami dapat...kami adalah sebahagian dari depa..depa still memerlukan expatriate untuk advice syarikat depa..so begitulah serba sedikit ceritanya...
 
Jom sambung balik bab dinner dengan melayan gambar-gambar kat bawah...semua bosses sporting gila..diorang memang ikut tema (pakai rambut alfro dan seluaq yang kaki besaq tu haa).seronok tgk..siap masa persembahan pembukaan..bosses yang menari Daddy Cool...memang cool abis..
 
Little Boy

 
Mummy

 
 
 
Possing kat photo booth
 
Bosses sporting giler
 
 
Dinner berakhir kul 11 malam..aku langsung tak snap picture makanan sebab ralit tengok persembahan...persembahan staff pun ada...tapi aku tak tergolong sebab macam aku cakap tadi..kami special guest jer..mihihihi..
 
Special thanks to bosses and staff yang bertungkus lumus untuk event ni..
 
Pas abis dinner balik lena sebab esoknya ada family day..
 
**Gambar bawah ni gambar the next day..aku snap masa little boy tengah tido..tido lena dia tak sedar diri dah..selesa sungguh dia tido hotel..



Luv,
Eka
 

Tuesday, December 8, 2015

Ladang Anggur Tasik Beris,Sik,Kedah

Plan nak pi ladang Anggur ni dibuat sebab pi kenduri kat area sana..so dah dekat sangat kan..mehla kita pi melawat..
Masa sampai ujan rintik-rintik..tapi kami dah sediakan payung sebelum hujan..so tak jadi masalah..hihi

Ladang ni terletak di Sik Kedah.Ampa guna waze ja..mesti tak sesat!

Entrance Fee aku dok expect dalam rm 2-3 ja..tapi RM 6 untuk dewasa dann RM 3 untuk kanak-kanak 7-12 tahun..bawah 7 tahun FOC.Mahal gak kan entrance fee dia..tapi dah sampai masuk pi la tengok tempat..
Buah tak banyak sangat tapi still ada...Dalam gambar bukan main nampak banyak..padahal zoom dekat-dekat..mihehehehe...so hampa layan gambar jala..aku tak tau nak celoteh apa..hihi










Bagi aku ladang ni kalau saja-saja nak melawat tak worth it la..dahla jauh kan..pokok pulak tak banyak mana masa kami pi..Ada banyak pokok yang baru ditanam..So kalau hampa nak pi aku suggest lagi 1/2 tahun pi..dan la pokok yang ditanam tu tumbuh dan berbuah..itu kalau betul la jangkaan aku..kalau tak betui pi tengok daun and batang jala..muahaha..bye!!

Monday, November 30, 2015

Little Caliph Grand Ihtifal 2015

Majlis Grand Ihtifal (Konsert Akhir Tahun) Little Caliph 2015 telah diadakan pada 22 November lepas di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas.Majlis ni digabungkan bersama 2 lagi branch iaitu Little Caliph Sungai 2 dan Little Caliph Sungai Jawi.

Seminggu sebelum majlis,teacher dah bagi notis kepada parents,untuk 5 years kena pakai jubah hijau emerald/hijau tua.So,aku start cari jubah kt Mydin pada hari jumaat (last minit puya kerja).Cari punya cari,still tak jumpa,the next day..sabtu..aku pi Kompleks Kailan,semua kedai aku masuk tanya..tapi takdak jugak..yang ada cuma warna hitam and putih..pastu pikir punya pikir..kami pi tanya tailor..tailor tu cakap boleh siap dalam masa 3 jam..wow..cpt gila..so kami terus tempah ja..asben aku cakap..kalau cari pun belum tentu jumpa..so terus tempah dengan harga RM 50 termasuk kain+ upah..pejam mata jala bayaq..anak sorang..huhuhu..settle bab danial...

Esok tu..ahad seawal 10.30 dah hantaq danial ke hotel untuk rehearsal..nasib baik dekat dengan rumah..kalau jauh mau bising mama danial ni..dahla minyak keta bukan murah lani..


Anak teruna posing sebelum pi rehearsal..2-3 ari sebelum tu kalut sungguh tanya..mama..bila nak pi hotel..hehehe

Majlis bermula pukul 1.30 petang..pukul 12.30 parents dah boleh buat registration.Aku memang pi awal dengan harapan nak dok depan-depan..tapi non hado...seat depan semua reserved untuk 6 years old student *keciwa betui*

 
Sebelum start mehla tuan tanah selfie sekeping..eh..napa macam kakak danial ja..wekkk *sila loya tekak*

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari patron of TLC Sg 2..And then ada special speech by founder of TLC program,Puan Sabariah Faridah and Tuan Haji Roslan..

Persembahan dimulakan dengan nyanyian lagu "Kun Anta" dari students 4 years old TLC Sg 2..follow by persembahan dari TLC lain-lain..ada macam-macam persembahan..boria,story telling dan lain-lain..aku tengok kat program..persembahan my little son,persembahan yang ke 2 last before majlis konvokesyen.. best jugak tengok bebudak ni buat persembahan..comel ja..hihi





Nak dekat-dekat sampai persembahan little son,aku keluar dari dewan and pi tengok dia kt belakang..dia pegang bentuk love..coz lagu nasyid yang depa sampaikan tu lirik dia macam ni"We love Muhammad,Oh yes we do"

Masa ni rasa sebak *sob sob*sebab tak sangka anak dah besar sangat..and apa yang aku kagum..dia berlatih and hafal lirik ni untuk persembahkan pada kami..good job syg mama..i love u!!






Anak teruna berjubah hijau..comel dan sejuk mata memandang..semoga jadi anak yang soleh ya syg..
As what teachers said in the beginning of event..anak kita ialah satu pelaburan di dunia..bila kita tiada nanti,dialah yang akan doakan kita dialam sana..so didiklah dengan sempurna..*nangis*

Gambar kat bawah ni kami snap dekat photobooth..kalau nak guna khidmat depa kena bayar rm 13 kot untuk gambar size 5R...aku tak pasti sebab tak pi tanya in details..
Oleh sebab takmau bayaq..so kami guna kamera sendiri..mihmih






Selesai little boy buat persembahan,kami pun balik sebab majlis pakai baju konvo tu tak melibatkan anak kami coz dia baru 5 tahun..konvo untuk students 6 tahun sahaja...

Warkah untuk anak mama:
Mama & Papa usaha berikan pendidikan terbaik untuk danial walaupun gaji mama bukannya 5k sebulan..tapi mama tetap usaha asalkan abg danial boleh belajar di pra-sekolah yang baik dan berkualiti..
Bila dah besar nanti,kalau abg danial baca blog mama..mama nak abg danial tahu yang mama always love u and will do anything for u..
Yes..this i promise you!!

 

Wednesday, November 25, 2015

Budget ke Phuket Thailand

Assalamualaikum semua...
Seperti yang dijanjikan,arini aku nak list down total keseluruhan kami kat Phuket untuk 3 hari 2 malam..

TOTAL PERABIS DUIT UNTUK DAY 1:
Minyak Keta: RM 30
Bridge Toll: RM 5.60
Makan MCD: RM 20
Beli rokok & cikedes: BAHT 200
Minibus: BAHT 150/person=300 BAHT
Dinner: 400 BAHT
Roses: 100 BAHT
Package island: 1300 BAHT/person=2600 BAHT
Sim Card + Topup=300 BAHT
International Plug=100 BAHT

TOTAL PERABIS DUIT UNTUK DAY 2
Dinner: BAHT 300
Fridge Magnet:BAHT 200
T-shirt: BAHT 550

TOTAL PERABIS DUIT UNTUK DAY 3
Teh Ais + Roti: BAHT 100
Lunch: BAHT 300
Taxi: BAHT 700
Donut (Airport):BAHT 110
Parking (Airport): RM 58

Sakit mata nak convert kan,so aku kira berapa aku spend dalam RM.Dan jumlah duit baht yang aku dapat masa tukar kt money changer..aku dapat rate yang berbeza so fening nak kira..

TOTAL SEMUA:
Tiket Flight Firefly: RM 620
Hotel 2 malam paid by Debit Card (BAHT 1400): RM 151.70
DUIT BAHT TUKAR KT MALAYSIA: RM 488
DUIT BAHT TUKAR KT PHUKET: RM 200
DUIT BAHT TUKAR KT PHUKET (2ND TIME):RM 50
DUIT SPEND DALAM RM: 113.60


JUMLAH KESELURUHAN: RM 1623.30

 Masa balik ada la lebih sikit duit baht..tak ingt wapa kupang..(^-^)



So tunggu apa lagi..cepat-cepat kumpul duit tau korang..tak menyesal g sana..such a wonderful place!!!
Kalau ada rezeki..aku nak kesana lagi..tapi kalau diberi pilihan..aku nak explore tempat baru then baru repeat ke sini balik...

Thursday, November 12, 2015

Phuket Day 3-Last Day

Sedih..sebabnya ari ke 3 dah nak tinggalkan Pulau Phuket..Aku masih tak puas kat sini..tapi oleh kerana book tiket balik arini so kena tinggalkan jugak..selain dari dah rindu membuak-buak dekat little boy..

Kami bangun pagi dan terus bersiap-siap untuk check out..masa kami check out dalam pukul 9.30 waktu thailand..
Kami jalan kaki ja ke Patong Beach..hari pertama tak sempat pergi..so hari ke 2 haruslah pergi tengok apa yang menarik sangat kat Patong Beach ni..



 Hubby aku pakai baju baru beli semalam..
 
Tanda dah jejak kaki
 

Last sekalii..gambar aku..jangan kecam naa...:-p


 
 
"These are the memory to be remember forever"
 
Lepas abis berposing-posing..kami patah balik ke Jungceylon untuk makan..Mall bukak kul 11 waktu thailand..so kul 12 la waktu Malaysia..time tu perut dan berkeroncong...maka kami beli teh ais and roti dulu kat 7 eleven...then baru masuk food court..
 
Lepas keluar dari Mall,jam dah 12 tengahari..kami melilau cari minibus nak ke airport sebab flight kul 3.15...kami tanya pada travel agent..dia cakap sempat ka nak ke airport sebab normally kena sampai 2 hours before flight..aku cakap sempat sebab firefly 45 min before schedule time..Pompuan tu macam nak takut-takutkan aku..ayat dia camni "Are u sure miss..It is not easy to pass by Thailand Immigration"..haa...time tu aku dah mula ketaq..
 
Camna ar..pastu pikir punya pikir tak payah tunggu minibus la..terus ambik taxi..taxi plak harga BAHT 800..pas mintak diskaun dapatla BAHT 700..Masa tu tak bole nak katakan tidak dah..sebab aku takut kami pulak terlepas flight...kalau terlepas jenuh nak beli tiket baru..nak beli tu takdak masalah..tapi abisla duit aku!!!hahaha
 
Perjalanan sejam kot..nasib baik kami bertindak awal..kalau tak boleh jadi kami tengok ja kapal terbang berlepas tanpa kami di dalam tu..huhu
 
 
gambar kat airport Phuket

 
gambar di awan biru..nampak tak phi-phi island??
 
 
Okla..sekian ja coretan 3 hari 2 malam di Phuket..
Memang tak puas sebenarnya..next time kena plan 4 malam baru puas kot...hihi
Jumpa lagi next entry yer..nanti aku buat special post tentang overall cost .Tungu...

TOTAL ABIS ARINI:
Teh Ais + Roti: BAHT 100
Lunch: BAHT 300
Taxi: BAHT 700
Donut (Airport):BAHT 110
Parking (Airport): RM 58

Phuket Day 2-Sunset & Night Market

Ok..jom sambung..lepas balik dari island..as usual mandi dulu..pastu lepak kat balcony..kebetulan masa tu dah 6++..terus ajak asben ke rooftop hotel untuk tengok sunset..
Kat rooftop hotel ni ada swimming pool..tapi oleh kerana dah tak larat nak berkubang dalam air..kami naik tengok sunset ja sambil lepak kat kerusi dekat swimming pool tu..







Sambil tengok sunset sambil buat aksi romantik..haha..bukan selalu kan..kalau ada nenial ni jangan harap la nak bercanda camni..mihmih

Lepas tengok sunset kami keluaq makan malam dekat night market..menu ialah nasik goreng..peniaga tu bertudung..so kami takda masalah nak makan kat sini..besides aku tengok ada beberapa pelancong dari malaysia (bertudung) pun makan kat sini..


Oleh kerana duit yang tukar kat Malaysia dah hampir habis..kami kena cari money changer pulak..cari punya cari dapatlah rate rm 1=BAHT 0.820..rugi sikit la sebab masa aku tukar kat Kulim..dapat rate RM 488=BAHT 4000...tapi kalau compare balik memang rugi banyak..sebab matawang Malaysia jatuh...tengok ja banyak 0 kat belakang..tapi value depa kena buang satu 0 kat belakang..dulu masa aku pi Koh Samui..aku tukar rm 500 dapat BAHT 5000..rugi-rugi..ni semua salah Jibby..geram plak iols...:-D
ok-ok..apehal plak dah melalut ke pertukaran currency ni..hihi..jom sambung balikkk...

Pastu kami jalan kaki ke Night Market untuk beli souvenir..mostly penjaga kedai kat night market ni semua bangla..sebab tu terkenal dengan jolokan bangla road kot..

Fridge magnet 3 pcs 100 BAHT..aku mati-mati mintak tawar 100 BAHT untuk 4 pcs..dia mati-mati tak bagi..hahaha..last-last aku beli gak la..sebab esoknya dah nak balik..

Selain dari beli fridge magnet..kami beli t-shirt kenangan sorang sehelai..t-shirt aku and hubby dia letak 350 BAHT per pcs..sorry la kan aku nak beli kalau harga tu..so aku bargain sampai dapat 200 BAHT baru aku beli..T-shirt little boy dapat harga 150 BAHT...

Gambar kat night market langsung aku tak snap..kenapa eh aku tak snap???Ohh..lupa..malam tu bertengkaq dengan asben aku..hahaha...so majuk..terus takda mood..tapi laki bini biasa la kan..majuk jap ja..pastu balik hotel baikla  (^-^) (^-^)

TOTAL ABIS ARINI:
Dinner: BAHT 300
Fridge Magnet:BAHT 200
T-shirt: BAHT 550

Makanan Halal di Phuket

Aku buat entry khas ni untuk kesenangan kawan-kawan yang nak bercuti di Phuket..
Seperti yang aku tulis kat entry sebelum ni...aku stay di Patong near to Jungceylon Mall..kat dalam mall tu ada food bazaar..kalau mai dari hotel yang kami menginap..kami belok kanan dan terus jalan sampai depan sign board patong beach tu..dari situ belok kiri lagi jumpa Jungceylon..masuk ikut pintu lower ground..then akan nampak 7/11 dekat sebelah kanan..straight lg..akan jumpa kiosk-kiosk jual cenderahati..then straight lagi akan jumpa food bazaar..Ada 4 gerai makanan halal...korang bole pilih apa yg korang nak makan.Ada thai food,capati with curry (indian food) and any type of mee...ni keadaan dalam food bazaar jungceylon..cantik lantern tu..colourful..
Yang kt bawah tu gerai yang kami pilih untuk dinner hari pertama..



Untuk malam ke dua kami decide nak cari makan kat lain..so dari hotel kami belok kiri..kalau ke Jungceylon kami belok kanan..so after jalan 100meter kami jumpa pasar malam...kebetulan dekat pasar malam tu ada halal food..tukang masak pun bertudung..so kami terus yakin nak makan kat situ..
Harga makanan pulak boleh tahan..BAHT 100 untuk sepinggan nasi goreng kat bawah ni..Air plak order jus oren..BAHT 40..air oren lupa snap picture :-p

 
Selain dari makanan goreng-goreng..pelanggan jugak boleh pilih seafood macam kat bawah tu..
Besaq betui udang laut ni..kalau kat Malaysia siap la berapa puluh ringgit..Kat sini aku tak tanya pun harga berapa..sebab memang tak plan pun nak makan seafood...



 
Untuk ari ke 3 sebelum balik,kami ke Jungceylon sekali lagi untuk makan tenghari..
So far takla susah sangat nak cari makanan halal..Kalau korang sewa moto lagi senang kot rasanya..boleh pergi ke Phuket Town..kat sana makanan lagi murah katanya..