Advertisement

Monday, July 29, 2013

Pinggan Mangkuk "China Bone" Tak Halal

Tadi aku saja gatai tgn survey2 pasai pggan mangkuk royal albert from UK..konon nak beli (nak nampak kelass sajaaa..jenama tu kan popular kt UK..kehkeh)..pastu aku terbaca pasai "bone china".Iaitu pggan mgkuk yg dihasilkan dr tulang haiwan (sumber tulang tak sahih samada tulang babi or tulang2 haiwan yg tak disembelih)...pastu aku terjumpa lak fatwa ni:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.

Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.
Muzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.

Walaubagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan.

Google2 lg..aku jumpa plak yg ni...Wallahualam..Just sharing..

Soalan
Assalamualaikum,
Adakah pinggan mangkuk jenama vantage boleh digunakan oleh orang Islam? Ini adalah kerana pembuatannya dari 'bone china'. Terima kasih.

Jawapan
Harus menggunakan pinggan mangkuk dan sebagainya yang tidak dibuat daripada tulang yang tidak diketahui sumbernya. Sebaliknya jika anda yakin bahawa pinggan mangkuk yang digunakan dihasilkan daripada Bone China,maka hukumnya adalah haram kerana sumbernya diperbuat daripada pelbagaijenis tulang sama ada tulang yang halal atau haram.

Camna plak kita nak tau pinggan mangkuk tu ada china bone tak??..
Normally ada indication kt bwah pinggan tu..contoh cm gambaq kt bawah:




So kepada kawan2ku..berhati-hatilah nak beli pinggan mangkuk mahal pasni..hehehe
Aku just share je..its up to u whether nak take it or leave it..hehehe..
(Ini takda kena mengena dgn perasaan dengki ke apa..ko gila ka apa aku nak dengki dgn org beli pinggan mangkuk mahal2..aku just share sbb kita sesama Islam...Islam itu indah kan...

~~End~~

No comments:

Post a Comment