Advertisement

Wednesday, July 31, 2013

Jom Beli Pinggan Corelle

Sejak kenal dgn jename Corelle ni..aku terus jatuh hati..bukan saja jatuh hari dengan corak..tp dgn kualiti pinggan mangkuk ni..selain ringan,pinggan ni tak mudah pecah..masa pergi langkawi bln Feb lepas,aku ada usyar2 gk pinggan ni..tapi hubby tak bagi beli lg..sebab dia kta takdak ruang nak simpan..ikutkan ati aku nak jugak aku borong 1 set..tp tak kesampaian..(takdak rezeki nk bli lg time tu)...

Ok2..bukan pasai Langkawi yg aku nak cerita..melalut sudah..
Aku nak cita pasai aku buat nak pre-order pinggan corelle pulak..hahaha
Macam la dapat sambutan kan..padahal sebelum ni aku buat pre-order Tefal,cuma member aku sorang ja order..Tapi takpala..kalau takdak orang beli pun takpa..sebab aku memang nak order untuk aku..hehehe

Jom tgk2 design..kot2 la berkenan..Harga ada kt bawah setiap gambar k..
Anything boleh call/pm/whatsapp aku..Selamat Menjamu Mata..

RM 250/16 PCS


RM 250/16 PCS


RM 250/16 PCS


RM 250/16 PCS


RM 250/16 PCS


RM 250/16 PCS


RM 250/16 PCS


RM 250/16 PCS


RM 250/16 PCS


RM 250/16 PCS


RM 250/16 PCS



RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS

RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS

My First Tefal Cookware

Ingat tak aku pernah publish post pasai Periuk Tefal??Ingat tak?Ingat tak?
Kalau tak ingat sila rujuk entry sini..hehehehe

FYI periuk aku dah selamat sampai ke Malaysia..Aku buat pre-order dari UK..aku cuma order 2 set (untuk aku 1 and untuk member aku)..nak wt camna kan..dah takdak org nak order ngan aku..hahaha

Barang ni sampai ngam2 8 minggu (2 bln) dari tarikh aku order n buat bayaran.Services door to door dari Edaran Express

Conditon memang tip top masa sampai..no scratches..no broken..memang elok ja dok lam kotak..
Actually aku risau jugak masa shipping tu..yelakan..dahla masukkan lam kontena..sure diorang stack semua kotak-kotak tu..aku takut pecah penutup periuk aku tu ja sbb penutup tu kaca..tp alhamdulillah..elok ja sampai..comel lote gitu...tgk2 comey dk???





Aku siap dpt souvenir lg dr London..dpt FM pun jd la..nak pi sana tak tau la bila leh pi kan..ntah2 sampai mati pun tak sampai..hahaaha




Next is Pisau Morphy Richards..Aku baru place order ja 3 mggu lepas.Menurut seller tu.ETA Sept/Early Oct sbb dia nak penuhkan kotak dulu baru dia ship..
So nanti barang dah sampai..aku tunjuk kt ampa k..(baru la aku bleh berlagak ckit dgn ampa)..kuang3x..kau ada???aku ada k...ngehngeh
Meroyan sorang-sorang :-p

Monday, July 29, 2013

Pinggan Mangkuk "China Bone" Tak Halal

Tadi aku saja gatai tgn survey2 pasai pggan mangkuk royal albert from UK..konon nak beli (nak nampak kelass sajaaa..jenama tu kan popular kt UK..kehkeh)..pastu aku terbaca pasai "bone china".Iaitu pggan mgkuk yg dihasilkan dr tulang haiwan (sumber tulang tak sahih samada tulang babi or tulang2 haiwan yg tak disembelih)...pastu aku terjumpa lak fatwa ni:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.

Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.
Muzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.

Walaubagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan.

Google2 lg..aku jumpa plak yg ni...Wallahualam..Just sharing..

Soalan
Assalamualaikum,
Adakah pinggan mangkuk jenama vantage boleh digunakan oleh orang Islam? Ini adalah kerana pembuatannya dari 'bone china'. Terima kasih.

Jawapan
Harus menggunakan pinggan mangkuk dan sebagainya yang tidak dibuat daripada tulang yang tidak diketahui sumbernya. Sebaliknya jika anda yakin bahawa pinggan mangkuk yang digunakan dihasilkan daripada Bone China,maka hukumnya adalah haram kerana sumbernya diperbuat daripada pelbagaijenis tulang sama ada tulang yang halal atau haram.

Camna plak kita nak tau pinggan mangkuk tu ada china bone tak??..
Normally ada indication kt bwah pinggan tu..contoh cm gambaq kt bawah:




So kepada kawan2ku..berhati-hatilah nak beli pinggan mangkuk mahal pasni..hehehe
Aku just share je..its up to u whether nak take it or leave it..hehehe..
(Ini takda kena mengena dgn perasaan dengki ke apa..ko gila ka apa aku nak dengki dgn org beli pinggan mangkuk mahal2..aku just share sbb kita sesama Islam...Islam itu indah kan...

~~End~~

Sunday, July 28, 2013

Berapa Budget Korang Untuk Hari Raya?

Ewah..ewah..kepoh ja nak tau budget raya orang kan..hahaha
Memandangkan Hari Raya dah nak menjelang tiba..so apa kata jom kita share sikit berapa budget korang untuk raya..
Macam aku,tiap2 tahun aku ada buat checklist barang apa yang aku nak beli.So,untuk this year cuma beberapa kerat barang ja aku dah beli..yang len blum lg..maybe next Saturday la..sekali harung beli semua..
So,checklist aku cam kat bawah ni:

Dah beli:
Baju Traditional (Aku)-Done- ranap rm 193
Baju T-shirt (Lil Son)-so far 3 helai t-shirt oshkosh (ranap 100++)
Kuih Raya=7 jenis (siap rm 250 kat sini saja)

Belum beli:
Baju Traditional (Lil Son)
Baju Traditional (Hubby)
Baju Traditional (Mak)-mmg tiap2 tahun aku akan beli spsg kt mak aku..wajib..dulu masa arwah ayah ada pun aku akan belikan utk ayah.tp this year utk mak jela sbb ayah dah takdak :-(
Jeans Hubby
T-shirt Hubby
Jeans Lil Son
T-shirt Lil Son (Add on)
Kasut Aku
Kasut Lil Son
Kasut Hubby
Handbag (tak sure dpt beli ka dak tahun ni,sbb hubby tak cakap nak sponsor pun cam tahun2 lepas..huwaaaa...cedih)

As for duit raya,belum tukaq lagi..Duit raya at least kena tukar rm 300..untuk anak2 buahku yang ramai itu..dan untuk kanak2 datang beraya..hehehe

The rest aku tak kalut sangat,contohnya cam langsir baru ke,set sarung sofa baru ke..sbbnya aku ni kan menumpang ja..rumah tu bkn umah aku..rumah mak mertua aku k..so buat cam rumah org..jgn nak buat cam umah sndiri lak..kehkeh..

Selepas ditolak,tambah,darab,bahagi,persiapan raya saja akan mencecah XXXXK...gila aih..tu sib baik aku tak kalut nak beli jeans levis kt aku selai n t-shirt guess ka selai..kalau tak lg ranap la duit..huhuhu

So,berbelanjalalah ikut kemampuan,bukan kehendak or kemahuan..haha..
Pandai nasihat orang..padahal diri sndiri pun shopping tak ingt dunia..kehkeh..

Okla..selamat menjalani ibadah puasa..Bye





Tuesday, July 23, 2013

Terkini Tentang My Lil Son-DH

Alhamdulillah..syukur ya Allah..my lil son DH dah tak nangis pi sekolah..
Masuk minggu ke 2 ni dia dah boleh sesuaikan diri..Lega hati aku..Bleh aku mai keja dgn heppy (sambil berlagu girang..kehkeh)

Perubahan yg aku nampak tentang dia semenjak pi sekolah ni..Dia dah makin berdisiplin..kalau aku cakap apa2...dia dah tak melawan..dia akan cakap..Ya Mama...then akan angguk kepala tanda faham..
Lagi satu kalau aku marah dia..dia akan cpt2 mintak maaf..."mama,abg mintak maaf"..hehe..Good Boy...Alhamdulillah...

Then,kalau suruh dia tunjuk camna sembahyang..dia pun akan tunjuk la..dgn tgn kiam elok ja..tunjuk camna nak rukuk..sujud..walaupun dia tak reti lg bab2 bacaan dlm solat..tp alhamdulillah sgt..sebab dia dah boleh ikut apa yang cikgu ajar..

Kalau bab doa makan,memang dia dah pandai baca sejak dok rumah tokngah lagi..Tokngah yg ajarkan dia..Kalau time azan pun dia dah pandai ikut orang azan,dahtu doa selepas azan pun dia dah leh hafal ckit2..Alhamdulillah3x...

Lega aku tgk perubahan anak aku..sejak dia dah besar ni..semakin cerdik..Pampers pun dah tak pakai lani..aku cuma boh time tido ja..takut terkencing tilam..hehehe..

Syukur padamu ya Allah sebab kurniakan anak yang sihat dan sangat bijak untuk aku dan hubby...
Sekarang ni aku akan cuba bagi didikan yang terbaik untuk intan payung aku sorang tu..
Semoga dia menjadi anak yang soleh dikemudian hari..

So,untuk this year,aku plan antar dia dekat tadika tu sampai hujung tahun,start 2014,aku nak antar ke "Little Caliphs Kindergarden".
Setelah baca beberapa review pasal tadika ni,memang aku excited gila nak antar dia..biar mahai ckit takpa..janji diri anak aku tu dapat dicorakkan dengan elok...:-)

Untuk kawan2 yg ada anak kecil (4-6 tahun),aku memang recommended kalau ibubapa nak antar anak2 ke sini..
Boleh masuk web http://littlecaliphs.com.my/ kalau nak tau details..
Untuk pengetahuan semua,tadika ni pernah masuk Majalah 3 tau..(promote nampak..kikiki)

Insyaallah..next year my lil son akan sekolah kt ctu..Doa-doakan semoga impian aku tercapai..Amin3x ya rabbal Alamin..







Monday, July 22, 2013

Ramadhan Buffet at The Summit Hotel,BM

Kemarin..telah berlangsungya majlis berbuka puasa with my BFF kat Summit Hotel,BM...
Iena Sabri selaku Setiausaha Cum Bendahari telah menjalankan tugasnya dengan sempurna..hahaha
Memang sangat berpuas hati dgn makanan yg disediakan..Harga plak berbaloi sgt..
Harga sebenar per person ialah rm 40,tp oleh kerana puan setiausaha kami dah book awal (b4 11 July) kami dapat discount price..iaitu rm 30/person (including tax)..murah kan??

Antara menu2 yg ada ialah
1)Kambing Bakar
2)Sate
3)Ikan pari bakar
4)Kari kepala ikan
5)Nasi goreng
6)Ulam-ulaman
7)Soto
8)Daging Blackpaper

And macam2 lg lah..berbaloi kan???hehehehe
Aku xsempat nak snap gambaq makanan sebab sibuk melayan anakku..biasa ar dia..lari merata..
Kdang tu dia lari pi dkt pool..risau sgt aku takut jatuh..jenuh..hehee

Okla..aku takdak mood nak karang panjang2 arini..sebab selsema n rasa nak demam..
So kita layan gambaq jelah gambaq2 model tak berbayar ni k..hahahaha...hehehe


Tudia..makanan penuh meja



Over acting


Buah last b4 balik


Ramai2..yeayy..happening


Nenial & Auntie..punya seronok sbb auntie rajin layan..

Last but not least..Thanks to all sebab sama2 join n mengeratkan silaturrahim antara kita..
Thanks to my love hubby jgk sbb sporting & enjoy with my frens...
Kawan ayg kwn abg jgk kn..hehehe..


Wednesday, July 17, 2013

My Llil Son dah pi sekolah..

Tak nyempat aku nak hupdate 2-3 ari lepas..Bz bebenor..
FYI,anak aku si DH,dh pi sekolah...ritu aku pernah cita kan..aku antorkan dia pi umah kak ipar aku..
tp unfortunately dia xmau duduk..so last choice aku ngantor dia pi sekolah..dkt tadika Al-Hikmah Taman Desa Sena...
First day selasa ritu..memula nak pi smgt bkn main lg dia..siap tanya aku:

Mama,mama...upin Ipin ada dekat sekolah dak?Wonderpets ada dk???hahahaha
Penangan katun btui...hehe..lawak..

Then masa aku gi ngantor,dia excited nak masuk,tp bila aku cakap ja nak pi kerja,dia teriak dah nak ikut..tambah2 tgk muka org tak kenai..
Tp aku tgglkan jgk la..Alaa..sementara nak biasa dgn environment baru kan..last2 nnt dia use to it la..

Balik dr sekolah siap cita,mama td kan abg tulis sendiri,abg kaler sendiri..tnya seronok dak dok sekolah..dia kta seronok..then dia order kt aku..."mama,nnt beli kt abg kaler,pencil,pen dgn padam-padam (pemadam)..huhu..aku pun ckp okla..konon nak ambik ati dia..

Second day pi sek..aku kona ja keta nak masuk simpang sekolah tu..dia dh start teriak...mama..abg xmau pi sekolah..takmau pi..nak ikut mama pi keja..
Aku pun pujuk sambil kta..nanti malam mama beli mainan k..dia diam la sat..aku parking ja dpn sekolah..takmau turun plak..tp aku cempung jgk la..then aku cpt2 lari kt keta..
Mmg kesian tgk dia teriak..tp normal la tu..budak2 bru masuk sekolah..aku pun masa kecik2 teriak cmtu jgk..hahaha

Ptg marin aku ambik dia dr sekolah..happy ja dia..siap cita..mama,td abg smbahyang..Abg ikut kawan smyg..hehe...sejuk ati aku dengaq...lega la dia dh boleh suit dgn keadaan ctu...

Arini 3rd day pi sekolah...cm biasa,,teriak lg..tp aku upah dia air kotak...dia setuju la nk pi sekolah..then sampai dpn sek xmau trun..aku tipu dia ckp..mama teman danial k..then dia pun..ok mama..pastu turun la dr keta dgn excitednya...
Tp as usual..aku tgglkan dia jgk..nampak la dia teriak2 kt dlm sekolah dr tingkap tu..sambil hentak2 kaki..Hati ibu aku ni mmg tersentuh la tgk anak aku teriak..kalaulah mama leh dok umah jaga dnial,kan bgus...tp aku takut nnt aku lak bosan dok umah...pastu tak up to date cam org keja..pastu jd geng ngan makcik2..takmau la aku..hahahaha

Aku nak stright kali ni..takmau bg muka kt DH lg..pasni dia lg melampau takmau pi sekolah..
Permulaan ja cmtu..nnt dia dah kenai kwn mesti ok punya cikgu kata...

Nanti next week aku update lg yer perkembangan DH...aku update utk aku baca k..kalau ampa xmau baca sudah...!!hahahaha..daaaa~~~~

Thursday, July 4, 2013

Alhamdulillah..Akhirnya dah dapat pengasuh My Lil Hero

Sebenarnya....sejak beberapa hari lepas,aku memang sangat-sangat stress memikirkan pasal anak aku,sebabnya pengasuh dia sekarang dah tak leh jaga dia..pengasuh nenial yg dikenali sebagai "Makngah Jah" nak pi dok Putrajaya..mengasuh cucu dia..
So,other options,aku pi try tanya makteh hubby aku..makteh dia pun takmau jaga sebab bulan posa..dia nak pi tadarus..
Lepas ja makteh dia cakap takmau jaga..aku memang stress gila..kesian sgt kat anak aku..dekat orang len confirm la dia takmau duduk..sebab dia tak besa..
Dgn makteh dia besa duduk sebelum ni masa makngah pi Mekah..

Bayangkan la aku stess sampai nangis2..risau takut takdak orang jaga dia..Ikutkan hati macam nak berenti keja ja..Hubby aku cakap boleh kalau aku nak berenti,tapi sumber kewangan kami terhad..sebab duit gaji dia pun takla banyak mana..boleh nak makan kalau dia keja sorang,cuma aku dah takleh semewah sekarang..takleh shopping..takleh keluar jalan2 masa weekend..huhuhuh..maunya aku stress pulak dok rumah..hahaha

Tapi selepas bincang dgn hubby..kami sepakat nak antar nenial dkt kakak hubby aku aka kak ipar aku..
Kak ipar aku ada anak laki sorang sebaya nenial..so aku rasa mesti takdak masalah..sebab dia ada kawan..Walapun aku terpaksa pusing ke Padang Serai tiap2 hari antar anak,aku sanggup..asalkan anak aku selesa and mau duduk..baru senang hati aku mai keja..Kalau dia pi duduk dgn orang len..aku risau dia tak boleh sesuaikan diri..Nanti dia pulak yg stressss..hehehe

So,isnin depan bermulalah episod menghantar anak ke Padang Serai,seterusnya ke Kulim untuk mencari sesuap nasi..
Aku try google map tadi:
Dari Pokok Sena- Padang Serai=20 minit
Padang Serai-Kulim=20 minit

Tak sampai sejam lg..ok la tu..
Takpalah..demi anak sorang..aku sanggupp..ku gagahi juga..:-)

Next year insyaallah dah boleh antar dia pi sekolah..so dah takdak masalah..

(Kadang-kadang aku terpikir,bagus juga nenial takdak adik lg..kalau ada adik,jenuh jugak aku nak memikirkan semua ni...Anggaplah semua ni dugaan..Skrg ni baru aku tau betapa susahnya nak membesarkan seorang anak...Pengorbanan ibu dan bapa tiada galang gantinya..(sedih: teringat sgt Arwah Ayah...Al-Fatihah)


Wednesday, July 3, 2013

Sembang Kosong (Pasai Tambah Baby)

Semalam saja la sembang kosong dengan hubby..Tentang plan nak tambah baby..hubbyku cakap..cukupla sorang..tapi aku ni tergedik-gedik nak tambah..bukan apa..kesian danial takdak adik..takdak kawan..nanti bila dia besar..sure dia tanya..mama kenapa danial takdak adik..orang len semua ada siblings tapi danial takdak..kesian plak kan...

Tapi bila memikirkan nak start balik dari mula memang menyiksakan..tuk tak?Contohnya:

1) Kalau sekarang bila danial dah besar..malam-malam dah xpyh bgun buatkan susu (cewah,mcm aku yg bgun)hahaha..tapi sebenarnya kan..memang dari danial kecik papa dia yang bangun buatkan susu..aku tak bangun tau..haha..kira aku train hubby aku dari dulu..dia wajib bangun buat susu anak..kihkih (jahat dk aku?bini mithali ni) :-p

2) Skrg dia dh bleh nek keta sendiri..maksud aku..buka ja pintu dia naik la dok blkg..tak gaduh dah aku nak angkt..senang bukan?huhu

3)Lg satu.lani aku dah leisure sgt..sbb apa..bila nak pi mana-mana dah tak payah pikiaq anak nak tido ka apa..sebab lani dia dah tak tido siang2..kira nak main ja..so kalau nak berpeleseran kat shopping complex or mana-mana..sangatlah senang bg aku..

4) Orang kata lain anak lain peelnya kan..yg tu lg 1 aku takut..ada stgh budak tu..mai mlm ja dia teriak sampai pg..teriak tak henti-henti..mau pengsan aku kalau cmtu..hahaha..mesti aku mereng..mai keja pun kira menguap ja..sebab anak kecik tak lena tido..tapi alhamdulillah la..danial takdak perangai cmtu masa kecik..senang sungguh jaga dia..(haa..snglah sgt..sok mai no 2 buat perangai baru hang tau..hahahaha)

5)Dan yg terakhir aku kena consider is masa aku..aku dahla tgh further study..kalau ada anak kecik cmna aku nak focus..si nenial ni takpa dah besar..aku bg pen n kertas..dia dok belajar sama..kalau ada next bby...argghh..xdpt bayangkan camna..

So..disebabkan perkara-perkara kat atas..aku masih pospone nak tambah baby..memang anak anugerah Allah..tapi kalau boleh aku nak tggu aku betul-betul bersedia untuk tambah sorang lg..
Kalaulah aku accidently pregnant..aku terima seadanya...tapi buat masa ni aku masih merancang..sila pm kalau nak tau camna kaedah aku merancang..huahuahua...

Memang aku nak tambah...memang nak sgt...tapi biarlah masa yg menentukan..Maybe pas aku abis belajar..or lg beberapa tahun ke..huhuhu

Wait n see..kalau nanti aku pregnant..sure aku khabarkan pada semua peminat-peminatku (budget artis)..kahkah..pfff...