Advertisement

Monday, November 4, 2013

Sepetang di Taman Rama-Rama,Teluk Bahang,Penang

Boring2 dok rumah,saja ajak hubby g Taman Rama-Rama dekat Teluk Bahang,Penang..perjalanan dari rumah aku +- 1 jam..taman rama-rama ni terletak jauh di pelusuk penang...atas lagi dari Batu Feringghi tau..dan rumah aku plak di sebelah Mainland,Kepala Batas...haruslah ambil masa untuk ke sana..

Last sekali pi sana masa umur aku 12 tahun...ikut kak aku n tunangnya..hehehe
Hubby aku plak..nama ja orang penang..langsung xpernah sampai sana..kihkih(kalau dia baca mati aku,kutuk dia secara terang-terangan kat sini..huhu..maafkan adinda kekanda...hahaha)

Kami sampai sana dah lewat petang dh..lg 1 jam ja taman rama-rama tu nak tutup..
Tapi dah alang2 sampai takkan tak masuk plak kan..masuk jela..lagipun kawasan taman tu bukan luas mana pun..pusing 30 min ja habis..





Gambar-gambar tuan belog & family di Taman Rama-Rama Penang..best tempat ni...cantik jugak..dan ada variety of Rama-rama..kalau nak dibandingkan dengan Taman Rama-Rama kat Cameron Highlands,kat sini lagi berbaloi...kat Cameron Highlands tu banyak rama-rama putih je...

##Aku paling suka gmbar aku n anak aku..pose silang kaki..Mcm cantik je..mcm shomel je...huhuhu

Okla..jumpa di lain entry...bubye ~~luv~~

Tuesday, October 1, 2013

DOUBLE STEMCELL: Kulit Menawan,Tip Top,Meletopssss

Kalau dah namanya pompuan,mesti semua nak cantikkkk ...Gebus,meletops,mantaps & kebabommm kan..huhuhu..Mai sini aku nak perkenalkan produk terbaru..(baru tak baru sgt la..dah lama actually,tapi baru famous..)

Pernah dengaq tak pasai product Double StemCell...Tau tak yang mana???Alah..yang Umie Aida jadi duta tu....tak tau jugak ke?kalau tak tau..tgk picture kat bawah...Taraaa..


Double Stemcell membekalkan nutrient bagi membantu merangsang pertumbuhan dan pengantian sel sel baru serta pembaikan sel lama ( yang telah rosak/cedera ) dalam darah, organ, kulit dan seluruh anggota badan. Dengan pengambilan teratur setiap hari akan membantu mencegah, merawat serta memperbetulkan masalah/penyakit, seterusnya meningkatkan tahap kesihatan badan. Manfaatnya akan terserlah pada kulit, wajah dan bentuk badan seseorang. Badan akan sentiasa cergas dan penuh bertenaga untuk menjalani kehidupan harian. Sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina

KEUNIKAN DOUBLE STEM CELL :

- Cara pemakanan yang unik dan mudah diamalkan, terus diserap ke salur darah- Memenangi Anugerah Europe Innovation 2008 & 2012- Dapat pengiktirafan GMP, HALAL, SIRIM- Ada Perlindungan Insurans RM 3 Juta

KANDUNGAN DOUBLE STEM CELL :1. Stem Cell Epal - Tinggi antioksidan, mempercepatkan dan melindungi pertumbuhan sel2 baru, pemulihan luka.2. Stem Cell Anggur - Agen anti-penuaan, menguatkan perlindungan dari UV, meningkatkan kekuatan sel kulit3. Ekstrak Acaiberry - Meningkatkan metabolisma, mengurangkan berat badan, memperbaiki aliran darah, menguatkan jantung, membekalkan tenaga, kaya Vitamin A, B1 & E4. Ekstrak Blueberry - kaya Vitamin A, C, E, K, tinggi kandungan antioksidan, menyingkirkan toksin & radikal bebas, mengurangkan lemak & kolestrol, meningkatkan sistem imunisasi badan serta membekalkan tenaga




SEBAB MEMILIH DOUBLE STEMCELL?

## Menghilangkan Kedutan, Mencerah & Menggebukan Kulit Seluruh Badan
-Sebatian yang unik (stem cell epal & anggur) serta antioksidan menjadikan kulit lebih muda dan segar. Sel2 ini akan bertindak mengurangkan kedutan pada kulit terutama kulit muka dan mengaktifkan sel-sel kulit badan.
## Perlindungan Dari Cahaya UV Matahari Merbahaya, 30 Kali Lebih Lama-Bila berdiri di tengah panas, ia sebenarnya melemahkan kulit kita. Bila kulit lemah, ia tidak tahan lama dan menyebabkan kulit semakin banyak berkedut, berjeragat, suram dan tidak sihat. Jadi kita perlu memberikan perlindungan yang sewajarnya agar sinar UV tidak mempercepatkan kerosakan kulit.
## Mengembalikan Tenaga & Stamina- Acai Berry membantu tubuh mendapatkan kualiti rehat yang lebih baik, agar dapat memulakan hari dengan tubuh badan yang lebih segar pada setiap pagi.
## Melancarkan Perjalanan Darah & Menguatkan Jantung- Apabila Double stemcell ini memasuki badan, ia memberikan haba yang merangsang kelancaran aliran darah, membekalkan lebih banyak oksigen dan nutrien untuk dibawa ke bahagian otak & badan, sekaligus dapat meningkatkan tenaga, merehatkan dinding saluran darah melalui kesan oksida nitrik yang terdapat di dalamnya di samping meningkatkan daya ingatan dan kejelasan mental.
## Bakar Lemak Dalam Badan dan Merendahkan Kolestrol- Acaiberry dan Blueberry dapat meningkatkan kadar metabolisme badan, menyingkirkan bahan buangan dan toksin dalam badan.
## Hanya 15 Saat Untuk Diminum! (sesuai bagi wanita sibuk/bekerjaya)- Hanya perlu guna sepaket sehari. Tak perlu tergopoh-gapah waktu pagi masa bersiap untuk pergi kerja. Masa boleh jimat, dan kecantikan pun terjaga rapi. Keluar rumah dengan penuh keyakinan diri.

KESAN PENGAMBILAN DOUBLE STEMCELL :

- Mencerah & menggebukan kulit wajah dan badan.
- Membantu mengurangkan kedutan pada kulit
- Menghapuskan jerawat dan parut.
- Mengaktifkan sel-sel badan dan kulit
- Membantu menjadikan kulit halus, licin dan anjal
- Menghilangkan masalah minyak berlebihan
- Melembapkan dan menganjalkan kulit.
- Meningkatkan daya penyerapan kolagen oleh badan
- Merangsang badan menghasilkan lebih kolagen
- Membantu menguatkan sendi dan tulang
- Membantu bertindak sebagai anti penuaan
- Agen antioksidan
- Menjaga kesihatan dan jantung
- Mengurangkan risiko kanser & penyakit lain.

Amatlah disyorkan kepada mereka yang mempunyai masalah seperti berikut :

* Gout
* Sakit saraf/sendi dan lenguh2 tulang
* Buasir/sembelit
* Kencing manis
* Darah tinggi
* Lemak darah
* Anemia
* Kulit sensitif
* Sistem penghadaman lemah
* Kerap demam selsema
* Mudah letih dan badan lemah
* Tekanan/stress
* Kolestrol tinggi
* Masalah kulit kronik
* Masalah kewanitaan - keputihan, 'kembali dara'


CARA PENGAMBILAN :

- Tuang 1 sachet ke bawah lidah, kemam 15-20 saat sehingga serbuk cair dan meresap. Minum segelas air suam/masak. Sebaiknya amal masa perut kosong, sebelum sarapan.
- Bagi yang berpenyakit kronik, boleh ambil 2 sachet sehari, pagi dan malam.
- Sesuai untuk lelaki dan wanita, ibu menyusui bayi atau hamil, vegetarian serta kanak2.
- Banyakkan pengambilan air bersih sepanjang hari untuk proses penyingkiran toksin.






KALAU BERMINAT:BOLEH CONTACT :

Facebook:Zafrizah Mohamat Husain
Whatsapp:0195677460

Tgk..comey tak kak tonn???Ni tukang juai aka my sis..Dia dh try and inilah hasilnya..picture without makeup & editing..nampak muda tak?kihkih..cuba teka umur dia berapa?Kalau umur aku 27 tahun..kakak aku mestila tua berumur dr aku kan...huhuhu





Pasai Harga kena tanya tukang jual la yer..hehehe...

Ok,cauuu...

Wednesday, September 18, 2013

Bawa Keta Sendiri Ke Langkawi

Berita baik untuk peminat pinggan mangkuk,periuk belanga dan sewaktu dengannya..Sekarang ni dah ada perkhidmatan Feri ke Langkawi dari Kuala Perlis..bleh bwk keta sendiri beb..Feri tu ala2 feri kat Penang..Suka tak??suka tak??Memang suka lah kennn kepada kaki2 shopping..nak beli barang penuh keta pun boleh..tak payah nak rembiang-rembiang naik bot sambil usung barang2 yg byk tu..tul tak?

Harganyaaa..(aku kasi bold & highlight dgn kaler merah..biar terang bijik mata..kuikui )

Sehala:RM 180
Dua Hala: RM 320

Harga kat atas tu untuk kereta biasa..kalau Basikal ka,Motor ka,Bas ka,haruslah harga lain-lain ok..
Harga termasuk driver aje yer..Untuk penumpang still dikenakan rm 18/seorang..(kalau harga sekali penumpang,sure bankrup syarikat feri yang lain,mesti semua orang kalott nak bawak keta sendiri..tul tak?)
Perjalanan plak mengambil masa 2 jam..yela kan..dah bawak kenderaan berat..mestilah la feri tu lambat macam semut..hahaha..apasal la tetiba taip semut..selalunya lambat cam siput kan???perumpamaan pun tak betui..nampak sangat BM failed kan..biasalah kenn..i kan english A...wakakaka



Ni gambaq feri tu..Maaf yer tuan tanah..aku curi dari blog kau..hehehe..Macam feri Penang,tapi nampak cam yang ni lg besar la..
Feri ni boleh memuatkan 45 kenderaan dalam satu-satu masa..Kalau rasa berminat nak nek keta sendiri pi Langkawi,eloklah buat tempahan awal..sebab cuma ada 1-2 trip saja sehari..

To be concluded:
Anda rasa-rasa berbaloi ka?
Bagi aku..kalau nak pi langkawi dalam tempoh yang lama berbaloi la..kalau setakat nak pi 3hari 2 mlm..bek nek bot biasa kan..2 org baru rm 72 pi balik..(anak aku tak kira sebab kecik lg..hihi)

Cuma kalau budget lebih apa salahnya..ye dakkk??..dapat merasai pengalaman baru..
Plus,dapat shopping pinggan mangkuk sepuasnya..tak cukup dalam bonet keta..aku letak ja kat tempat penumpang..Anak aku letak aja atas ribaan.huhu

Okla.Bye~~~


Wednesday, September 11, 2013

Flash Back..Pengalaman Bersalin Di Tan & Tan Specialist Maternity Centre,Bukit Mertajam

Actually entry ni dihasilkan setelah ramai kawan-kawan tanya experience aku deliver kat Tan & Tan 3 tahun lepas..
Keputusan nak bersalin kat Tan & Tan dibuat setelah ngeri dengaq cerita kawan-kawan yg beranak kt Gov..kena marah la..kena maki la,dilayan halai balai la..so,aku paksa laki aku kumpul duit untuk membolehkan aku deliver kat private..haha (kejam kan dapat bini cmni..ngeh..ngeh)

Tapi,even aku plan nak beranak kt private,aku still g buat buku merah,pi wt checking kt klinik kesihatan,bukan apa,sebab after deliver aku nak misi gov datang check hari-hari jugak..
Kalau tak buat buku merah,jgn mimpi la nurse nak mai check..So aku g check kt gov & private
Ingat lagi masa 1st time scan kat Doktor Tan,dia cakap P.Ramlee..hahaha...(anak laki la)..lawak sgguh Doktor Tan ni..kalau pompuan sure dia sebut Saloma kan..hihi

Aku sepatutnya deliver pada 11 June 2010,tapi nenial takmau kuaq lg time tu..so doktor Tan cakap..u just wait lagi beberapa hari..Dia suruh aku datang check up semula pada 14 June..
Pagi 14 June,aku suruh asben aku ambik half day bawak aku g checkup..tapi doktor cakap baru buka 2 cm..dia suruh aku balik dlu..dia siap tilik lagi..dia rasa esok aku akan beranak..

Yaa...memang betul..mlm 14hb tu aku turun darah,then asben aku cakap,jomla g Wisma Bersalin Tan & Tan,before pi tu sempat lagi singgah Dominos Pizza kat Sunway,slumber ja aku turun dengan kain batik & T-shirt..lawak sungguh..hubby aku cakap,buah last before beranak..pas beli kami makan dalam keta...

Sampai ja kat Tan & Tan,aku terus register masuk ward..nurse pun suggest tido ctu malam tu sebab dah turun tanda..even turun darah aku langsung tak rasa sakit..hehe..
Pas settle urusan register aku,hubby aku pun tinggalkan aku keseorangan..dia balik tido kat rumah..
Aku siap pesan kat dia pagi esok bawak mai Roti Telur...untuk breakfast..
Pas dia balik aku terus lena..TAPI...start kui 3 pagi aku dah rasa sakit..sakit sat..pastu ilang..Aku g gtau nurse..dia tanya nak ubat tahan sakit tak..aku cakap takpa..still leh tahan...

Pastu start kui 4 pagi..aku dah tak tahan sakit..aku tekan bell..nurse mai tanya kenapa..aku cakap sakit sangat dah..sakit selang 10 min..then nurse cakap nak masukkan aku dalam Labour Room..
Pastu depa suruh la aku jalan masuk Labour Room sendirik..even sakit boleh la lagi jalan..bukan takleh jalan dah..hehe..

Dalam labour Room depa pasang la segala mak nenek punya wayar...untuk monitor jantung baby,monitor sakit kontraksi tu..memang sakit la..tapi bukan sakit berpanjangan..sakit sat..pastu lega..
Dalam Labour Room tu ada sorang nurse tunggu aku tepi katil k...kalau kat Gov mampus aku kena tggl sorang2..takdak orang nak layan..hang nak jerit ka..sapa tak kisah..huhu
Malam tu Kak Melayu jaga aku,tapi bila pagi ja...dia dah habis shift malam,tukaq dengan sorang budak India..tapi budak ni baik..bila aku sakit dia urut tangan aku...dia cakap..sabar kak..sabar kak..hihi
Tapi bila aku sakit sangat..aku gengam tgn dia kuat2..hahahaha..mesti lekat bekas..tapi disebabkan dia dibayar gaji..so dia takleh marah la..huhu

Dekat2 kul 7 pagi,asben aku mai...Dia cita,pas subuh dia dah pi ambik Mak aku..sampai rumah Mak aku tgh solat..so dia tunggu sat la..Dia mai bawak Roti Telur kat aku..dia beli nasik lemak kat dia..habuan breakfast..Tapi dia langsung tak lalu makan..takut kot tengok bini cmtu..huhu

Dia masuk dalam Labour Room tengok aku before aku beranak..Ada kot masuk dalam 10 minit..pastu dia kuaq..asben aku ni takut darah sikit..so aku pun tak paksa dia tengok aku beranak..
Pas asben aku kuaq..mak aku plak masuk tengok..mak aku masuk lama jugak la tunggu aku..pastu mak aku pun keluaq jgk..huhu..tggl la aku keseorangan lagi..

Selang 30 min nurse mai check bukaan..belum lagi 10 cm..so aku takleh beranak lagi..
Aku ingat pesan nurse tu..kalau sakit pun jangan push..tarik nafas ja..aku memang rasa nak push sangat..tapi tahan ja..sebab kalau tak ckup 10 cm kita push..takut terkoyak banyak kat Tuut..hehe
Dan..kalau kita letih dok push b4 10 cm..nanti takut kita kehilangan tenaga masa nak push bila ckup 10 cm..

Around 10.20 cmtu,nurse mai check lagi..dia cakap dah 10 cm..then dia cepat-cepat kol Dr Tan,doktor mai ja,dia terus pecahkan air ketuban aku..Dan alhamdulillah..dengan sekali push ja..maka lahirlah anak aku ke dunia ni..Alhamdulillah..Amin..Pas tengok ja muka baby,hilang semua rasa sakit..


Gambaq ni masa nurse tolak baby untuk dibersihkan..masa ada kesan darah lagi..Hubby aku snap siap buka flash..sure nenial tkejut time ni..tetiba ja ada cahaya terang..hihi..


Gambaq ni plak,lepas dibersihkan,time ni baby diletakkan kat dalam Baby Nursery

Pas selesai jahit,aku ditolak ke ward..memang letih gila after beranak..rasa takdak tenaga..
Tapi..pas beranak rasa lapaq gila..hihi..Aku mintak milo je..Tghari tu MIL aku mai bawak nasik..lega dapat makan nasik..Nasik n Lauk ikan Goreng..biasala..menu orang pantang...

Hubby aku temankan sampai malam..Pastu dia balik rumah around kul 8..
Yang bestnya time tu..hubby aku sat-sat pi tengok baby..happy betul dia..dah ada pewaris..

Pas dia balik aku teruskan rehat cam biasa..
Second Day hubby aku pi register nama anak..borang semua Tan & Tan dah sediakan..siap depa tolong tulis lagi tu..Hubby aku pi register kat JPN Bandar Perda,dekat ja ngan Tan & Tan..




Aku stay kt ward 3 hari..
Aku masuk ward 14/06/2010 kul 10 malam.Discharge pada 17/06/2010 kul 12 tghari (gila tui bawak baby balik tghari..haha..panas kott...tp nak wt cmna,time tu hubby aku dah kena keja,so dia datang ambil kami during lunch time)

Untuk kos beranak kat sini:
Total rm 1402..bagi aku cukup worth it..sebabnya baby kita depa yang jaga..so,ibu berpeluang untuk rehat,then baju baby tak bawak langsung pun takpa..sebab menggunakan baju depa..
Susu formula jangan risau..depa yg sediakan..habaq ja nak susu apa..cam aku dlu..aku pilih susu snow..pampers pun depa sediakan jugak..siap time nak balik tu depa bagi lagi susu & pampers free..then aku dapat 1 bag free gift contain towel,mandian,jug air ada cop tan & tan,bedak dll)

So,kepada sapa2 yg nak deliver,i would suggest tempat ni..kos beranak berpatutan..(kalau mampu pi la KPJ ka,Gleanegles ka,Lam Wah Ee ka..huhu...macam aku ini sajalah yang aku mampu..:-p)

Address as below:

Tan & Tan Specialist Maternity Centre
No. 1598, Jalan Kebun Sireh, Bukit Mertajam, 14000, Bukit Mertajam, Pulau Pinang  14000, Malaysia
+60 4-507 3233

Monday, September 9, 2013

Aktiviti Bersama Family Di Hari Minggu

Semalam saja syok-syok ronda-ronda Island...
Tak planning pun...memula tu g makan tengahari dekat Mid Gulai Kawah (nampak sangat pemalas kan,org weekend masak banyak-banyak bagi anak,laki makan..aku lak tak masak..makan kat kedai ja..huhu)

Pas makan tengahari balik rumah mak aku,lepak-lepak sebentar,then hubby terus ajak g island..
Tak dak arah tuju pun sebenarnya...Cuaca plak mengizinkan..cerah elok ja..tak hujan pun..

First Pit Stop,kami pi Gurney Paragon..yelah..sejak dibuka aku tak pernah jejakkan kaki lagi..ni baru 1st time k..perak,jakun la sat..huhu..pastu masuk butik Michelle Kors...orang pun tak layan k..sebab aku dressing biasa2 ja..bwk plak handbag Guess ja kan..tak setanding Michelle Kors tu..wakaka..After that,pi menerai kasut kt Charles & Keith..dah aimed sepasang..nnt bebila nak g beli...huhu..

Then,terus pi Straits Quay...Actually ni kali ke 2 aku pi...tahun lepas dah pi sekali..
Seriously tempat ni sangat best untuk santai..then leh tengok bot2 mewah..Ada bebudak dtg bawak beskal lagi..boleh riadah kan..best sgt..nyaman,tenang & mendamaikan sebab leh tgk laut terbentang luas...

Actually kawasan perumahan kat Straits Quay ni memang tempat orang kaya...Mat salleh yg dah bermastautin kat Penang ni,banyak menetap kat sini..Kami saja g round kat kawasan playground..best ja tengok anak2 mat salleh dok main bola dengan anak orang-orang Malaysia.

After that..bawak my lil Hero g tengok Aeroplane..dah lama betui tak bawak dia tengok Aeroplane..rasanya last bawak dia tengok before puasa..Excited la budak kecik tu,then aku saja cakap..nanti besaq nenial jadi pilot k..leh bawak mama melancong sbb leh dapat tiket free untuk family..hehehe....angan-angan betui...huhu

Last Pit Stop,g makan nasik lemak ayam berempah dekat gerai-gerai depan Queensbay tu...Makan dgn jagung bakar plak..Waduh..Asyikk Bangat..hahaha
Yang nak tergelak tu,anak teruna aku pun nak jagung bakar jgkkk..jagung cup dia takmau..Then beli la 3 batang untuk 3 beranak..haha..lawak sgguh...dah besaq dia sekarang..selera pun macam orang tua..

Pastu ronda2 kot FunFair tu jap..dahtu terus balik rumah..Sampai rumah pukui 10 malam..letih gila..
Punya pulun meronda sampai tak sedaq...
Arini mula la lemah gemalai kat tempat kerja kan..dah balik lewat..letih..
Alasan:Monday Blues...hahahaha

~~Bye~~











Friday, September 6, 2013

Tanda Aku Udah Tua...

Sejak dua menjak ni aku betui-betui jadi pelupa..
Even benda org baru bgtau 5 min lepas..aku bleh lupa balik.. sbb aku ni mkn semut byk sgt ka?hahaha..
Yelah..kadang semut masuk dalam gula..buat plak aritu aku bancuh kopi,kan dah terminum dgn semut sekali..hikhik

Cam minggu lepas,aku terlupa password facebook aku..Padahal minggu sebelum tu aku baru ja reset password..
Banyak sgt password aku nak kena ingat hinggakan memori otak aku pun tak mampu nak ingat semua...huhu..Antaranya:

Password Hard Disk Laptop
Password Network Account (Intel)
Password VPN
Password Facebook
Password Email
Password I-class (utk Student Uitm)
Password CimbClick & Maybank2u

Tu blum termasuk lagi password Instagram yang aku betui2 dh lupa..itu sbb dah lama aku tak upload photo masuk IG aku..sbb kes terlupa password..then takdak masa nak reset (alasan byk kan)hahahaha

So,utk solution,aku dah save semua password ni dalam note tepon aku..(kalau sapa2 tercurik hp aku ni,untungla..semua password ada..kecuali password Maybank2u,or Cimb Click..No..no..no...aku tak bodoh k nak save password internet banking tu...nak mampus..dari duit ada juta2...tggl telur ayam...huhuhu (berlagak gilos padahal duit tggl sen2 ja dlm tu..wakakaka)

Ada orang cakap.pas beranak memang akan jd pelupa..Betul ke?
Tapi aku memang akui..sejak umur aku meningkat naik ni..memang aku cepat pelupa..
Nasib baik kat laki n anak sendiri tak lupa kan..:-p

Ok,bye~~~


Wednesday, August 21, 2013

Pinggan Corelle Yang Murah

Iklan sat..
Setelah beberapa purnama mengoogle..Akhirnya..aku dah jumpa FB untuk beli pinggan corelle..Berbaloi2 harganya..Plus ada jual corelle coordinates sekali..memang cun2 gilos..

Jom tgk kt sini Facebook:Dapurcorelleshop

Kat sini anda boleh order & bayaq secara ansuran..
Takla ketaq tangan sangat nak kuarkan duit sekaligus kan..
Skim Ansuran yang dia buat memudahkan orang yang berpendapatan tak seberapa macam aku ni...hehehe

Anda boleh bayar maksimum 3-4 kali..
Dari kapal sailing sampaila ke Port Klang..Once dah habis bayar..baru owner ni akan pos..

Sekarang ni owner ni tgh adakan contest Like.Share & Win.Mai kita ramai-ramai pakat like & share kt wall FB masing2..untung2 dapat 1 set pinggan mangkuk ni for free..Ulangan..Free ok..hehehe..

Kalau berminat silalah berhubung terus dengan pemilik fb ni..
Jom sama2 cantikkan rumah masing2....

Ok..bye~~~

Wednesday, August 14, 2013

Kisah Dengki Mendengki

Arini nak wt sessi luahan perasaan ckit..
Aku rasa aku ni bukanlah jenis yg suka berdengki dgn org...Kalau org beli apa2 n publish kt fb,tak plak aku dengki nak beli jugak...sebab aku sedar kemampuan aku takat mana..so tak guna berlawan kan..
Bkn aku nak puji diri sendiri..tapi aku tahu siapa aku..n i know myself much better than uols k..hahahahaha...:-p

Aku agak terkilan la bila ada org yg aku kenai bersifat dengki dgn aku..Kenai n selalu jgk jumpa..tapi dpn aku bukan main plastik lg..pretend baik dpn aku..adeh..pelik manusia cmni..

Aku tak kisah kalau hang nak dengki dgn aku..itu hak hg..cuma kalau hang rasa hang memang tak suka dengan aku..block ja aku..or remove aku dr friend list hang..tul tak?
Tak payah nak perli2 bagai...dgn niat hg nak bagi aku baca status hang...
FYI,memang aku dah baca status hang memerli aku tu..ikutkan ati yang panas..nak ja aku up status perli hang balik..tapi memikirkan aku ni still waras..aku just biarkan ja..

Mind you,setiap apa yang hang cakap dah melambangkan diri hang yang sebenar..so..sekarang aku dah bleh judge hang..huhuhuhu

Oklah..aku pun malas nak cita byk pasal apa orang perli aku tu..biarla sapa yang makan cili,dia terasa pedas...Tapi yang bleh aku katakan..aku beli barang oversea sbb aku minat...kalau hg rasa aku membazir duit sbb kat sini berlambak,itu ikut suka hati aku & laki aku la..ada aku mintak duit kat hang utk beli????

Ok..bye~~


Tuesday, August 13, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri..Raya Pertama

Haa...ambik kau..dah berminggu aku tak update blog..sampaikan ucapan hari raya tak sempat nak wish kt ampa..punya sibuk aku ni mengalahkan datin..huhu

Tahun ni raya pertama kami sambut di rumah mertuaku..tahun lepas dah sambut kt umah family aku kn..so kena la ikut turn...suami isteri bahagia la katakan..saling bertolak ansur..:-)

Pg raya as usual..pas mandi siap pakaian suami untuk dia pi smyg raya..Aku tak dpt pi sbb xdk org nak jaga si kecik aku tu..Dia kecik lg..kalau dh besar mau aku angkut sekali pi smyg raya..

Pas abis smyg raya n bersalam-salaman,bermaaf-maafan..kami pun keluaq pi ziarah kubur arwah pak mertuaku..Tahun ni tahun ke 3 beraya tanpa pak mertua n tahun petama aku beraya tanpa ayah..sob sob..:-(

Pas ziarah kubur,terus pi rumah tokngah nenial..anakku yg pada awalnya pakai baju melayu pink,dah bertukaq baju kaler gold..tukaq baju tokngah buatkan kt dia sbb kebetulan baju pink dah kotor..mmg tiap2 tahun tokngah xpernah lupa wt baju raya kt nenial..(makasih byk2 makngah)

Sblm tu aku nak tayang ckit gambaq baju raya aku tahun ni..wakakaka..Baju by Riaz & tudung by Fareeda...tema kami tahun ni pink turquoise..anakku berbaju melayu pink n bersampin turquoise..tp dia takmau amik gmbaq lak..cuma ada gmbaq kami berdua..huhu


Ok2..jom smbg cita balik..pas pi umah makngah..sambung pi rumah makteh limah (mak nakan laki aku) yg dok sekampung..sembang punya sembang dah dekat 12 tghari..pastu balik..singgah umah nek pulak (kak kepada MIL aku)...then last pit stop,pi rumah biras aku..(kt tepi rumah je..hehe)

Pastu kemas2 brg sbb nak balik rumah mak aku yg betul2 jauh tu..hahaha..Around kul 1++ kami gerak balik kg..nenial lam keta bukan men lg nyanyi lagu balik kg..macam la kg dia jauh sgt..wakakaka

Di petengahan jalan..hubby ajak singgah rumah abg dia sat kt taman pokok sena..singgah ctu mkn nasik tomato..kenyang gila beb..dhla sblm tu dh melantak mee kuah,laksa,tomyam..mmg hari raya hari mkn sgguh no..patutla bdan aku nek..hihi

Then terus shoot balik umah mak aku..dlm kui 3 gk la sampai Tanjung (kihkihkih)..:-p
Asalnya nak pi ziarah kubur arwah ayah..tapi hujan plak dh..hujan berenti dh kul 5 something..

Ni gmbaq selepas ujan berenti..gambaq berlatar belakangkan keta kebal aku..hahaha




Pas ujan berenti,pi sambung raya kt rumah jiran-jiran mak aku..pastu terus gerak pi rumah kak aku dkt permatang nibong..sampai sana pun dekat 7 ptg dh..menu mee kuah lg..aish..tahun ni byk sgguh org wt mee kuah..Dah org jamu kita mkn la kn..gain weight sgguh aku aritu..hahaha

Kami balik rumah dlm pukul 9 ++..
Penat betui beraya pada ari raya petama,letih gilos..bkn letih apa sgt..letih mkn..hahaha
Okla..nnt kalau aku rajin..aku sambung entry raya ke 2 plak..kalau rajin k..
Kalau tak rajin mggu dpn la aku update len..huhu

Bye

Wednesday, July 31, 2013

Jom Beli Pinggan Corelle

Sejak kenal dgn jename Corelle ni..aku terus jatuh hati..bukan saja jatuh hari dengan corak..tp dgn kualiti pinggan mangkuk ni..selain ringan,pinggan ni tak mudah pecah..masa pergi langkawi bln Feb lepas,aku ada usyar2 gk pinggan ni..tapi hubby tak bagi beli lg..sebab dia kta takdak ruang nak simpan..ikutkan ati aku nak jugak aku borong 1 set..tp tak kesampaian..(takdak rezeki nk bli lg time tu)...

Ok2..bukan pasai Langkawi yg aku nak cerita..melalut sudah..
Aku nak cita pasai aku buat nak pre-order pinggan corelle pulak..hahaha
Macam la dapat sambutan kan..padahal sebelum ni aku buat pre-order Tefal,cuma member aku sorang ja order..Tapi takpala..kalau takdak orang beli pun takpa..sebab aku memang nak order untuk aku..hehehe

Jom tgk2 design..kot2 la berkenan..Harga ada kt bawah setiap gambar k..
Anything boleh call/pm/whatsapp aku..Selamat Menjamu Mata..

RM 250/16 PCS


RM 250/16 PCS


RM 250/16 PCS


RM 250/16 PCS


RM 250/16 PCS


RM 250/16 PCS


RM 250/16 PCS


RM 250/16 PCS


RM 250/16 PCS


RM 250/16 PCS


RM 250/16 PCS



RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS

RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS


RM 350/16 PCS

My First Tefal Cookware

Ingat tak aku pernah publish post pasai Periuk Tefal??Ingat tak?Ingat tak?
Kalau tak ingat sila rujuk entry sini..hehehehe

FYI periuk aku dah selamat sampai ke Malaysia..Aku buat pre-order dari UK..aku cuma order 2 set (untuk aku 1 and untuk member aku)..nak wt camna kan..dah takdak org nak order ngan aku..hahaha

Barang ni sampai ngam2 8 minggu (2 bln) dari tarikh aku order n buat bayaran.Services door to door dari Edaran Express

Conditon memang tip top masa sampai..no scratches..no broken..memang elok ja dok lam kotak..
Actually aku risau jugak masa shipping tu..yelakan..dahla masukkan lam kontena..sure diorang stack semua kotak-kotak tu..aku takut pecah penutup periuk aku tu ja sbb penutup tu kaca..tp alhamdulillah..elok ja sampai..comel lote gitu...tgk2 comey dk???





Aku siap dpt souvenir lg dr London..dpt FM pun jd la..nak pi sana tak tau la bila leh pi kan..ntah2 sampai mati pun tak sampai..hahaaha




Next is Pisau Morphy Richards..Aku baru place order ja 3 mggu lepas.Menurut seller tu.ETA Sept/Early Oct sbb dia nak penuhkan kotak dulu baru dia ship..
So nanti barang dah sampai..aku tunjuk kt ampa k..(baru la aku bleh berlagak ckit dgn ampa)..kuang3x..kau ada???aku ada k...ngehngeh
Meroyan sorang-sorang :-p

Monday, July 29, 2013

Pinggan Mangkuk "China Bone" Tak Halal

Tadi aku saja gatai tgn survey2 pasai pggan mangkuk royal albert from UK..konon nak beli (nak nampak kelass sajaaa..jenama tu kan popular kt UK..kehkeh)..pastu aku terbaca pasai "bone china".Iaitu pggan mgkuk yg dihasilkan dr tulang haiwan (sumber tulang tak sahih samada tulang babi or tulang2 haiwan yg tak disembelih)...pastu aku terjumpa lak fatwa ni:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.

Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.
Muzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.

Walaubagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan.

Google2 lg..aku jumpa plak yg ni...Wallahualam..Just sharing..

Soalan
Assalamualaikum,
Adakah pinggan mangkuk jenama vantage boleh digunakan oleh orang Islam? Ini adalah kerana pembuatannya dari 'bone china'. Terima kasih.

Jawapan
Harus menggunakan pinggan mangkuk dan sebagainya yang tidak dibuat daripada tulang yang tidak diketahui sumbernya. Sebaliknya jika anda yakin bahawa pinggan mangkuk yang digunakan dihasilkan daripada Bone China,maka hukumnya adalah haram kerana sumbernya diperbuat daripada pelbagaijenis tulang sama ada tulang yang halal atau haram.

Camna plak kita nak tau pinggan mangkuk tu ada china bone tak??..
Normally ada indication kt bwah pinggan tu..contoh cm gambaq kt bawah:




So kepada kawan2ku..berhati-hatilah nak beli pinggan mangkuk mahal pasni..hehehe
Aku just share je..its up to u whether nak take it or leave it..hehehe..
(Ini takda kena mengena dgn perasaan dengki ke apa..ko gila ka apa aku nak dengki dgn org beli pinggan mangkuk mahal2..aku just share sbb kita sesama Islam...Islam itu indah kan...

~~End~~

Sunday, July 28, 2013

Berapa Budget Korang Untuk Hari Raya?

Ewah..ewah..kepoh ja nak tau budget raya orang kan..hahaha
Memandangkan Hari Raya dah nak menjelang tiba..so apa kata jom kita share sikit berapa budget korang untuk raya..
Macam aku,tiap2 tahun aku ada buat checklist barang apa yang aku nak beli.So,untuk this year cuma beberapa kerat barang ja aku dah beli..yang len blum lg..maybe next Saturday la..sekali harung beli semua..
So,checklist aku cam kat bawah ni:

Dah beli:
Baju Traditional (Aku)-Done- ranap rm 193
Baju T-shirt (Lil Son)-so far 3 helai t-shirt oshkosh (ranap 100++)
Kuih Raya=7 jenis (siap rm 250 kat sini saja)

Belum beli:
Baju Traditional (Lil Son)
Baju Traditional (Hubby)
Baju Traditional (Mak)-mmg tiap2 tahun aku akan beli spsg kt mak aku..wajib..dulu masa arwah ayah ada pun aku akan belikan utk ayah.tp this year utk mak jela sbb ayah dah takdak :-(
Jeans Hubby
T-shirt Hubby
Jeans Lil Son
T-shirt Lil Son (Add on)
Kasut Aku
Kasut Lil Son
Kasut Hubby
Handbag (tak sure dpt beli ka dak tahun ni,sbb hubby tak cakap nak sponsor pun cam tahun2 lepas..huwaaaa...cedih)

As for duit raya,belum tukaq lagi..Duit raya at least kena tukar rm 300..untuk anak2 buahku yang ramai itu..dan untuk kanak2 datang beraya..hehehe

The rest aku tak kalut sangat,contohnya cam langsir baru ke,set sarung sofa baru ke..sbbnya aku ni kan menumpang ja..rumah tu bkn umah aku..rumah mak mertua aku k..so buat cam rumah org..jgn nak buat cam umah sndiri lak..kehkeh..

Selepas ditolak,tambah,darab,bahagi,persiapan raya saja akan mencecah XXXXK...gila aih..tu sib baik aku tak kalut nak beli jeans levis kt aku selai n t-shirt guess ka selai..kalau tak lg ranap la duit..huhuhu

So,berbelanjalalah ikut kemampuan,bukan kehendak or kemahuan..haha..
Pandai nasihat orang..padahal diri sndiri pun shopping tak ingt dunia..kehkeh..

Okla..selamat menjalani ibadah puasa..Bye





Tuesday, July 23, 2013

Terkini Tentang My Lil Son-DH

Alhamdulillah..syukur ya Allah..my lil son DH dah tak nangis pi sekolah..
Masuk minggu ke 2 ni dia dah boleh sesuaikan diri..Lega hati aku..Bleh aku mai keja dgn heppy (sambil berlagu girang..kehkeh)

Perubahan yg aku nampak tentang dia semenjak pi sekolah ni..Dia dah makin berdisiplin..kalau aku cakap apa2...dia dah tak melawan..dia akan cakap..Ya Mama...then akan angguk kepala tanda faham..
Lagi satu kalau aku marah dia..dia akan cpt2 mintak maaf..."mama,abg mintak maaf"..hehe..Good Boy...Alhamdulillah...

Then,kalau suruh dia tunjuk camna sembahyang..dia pun akan tunjuk la..dgn tgn kiam elok ja..tunjuk camna nak rukuk..sujud..walaupun dia tak reti lg bab2 bacaan dlm solat..tp alhamdulillah sgt..sebab dia dah boleh ikut apa yang cikgu ajar..

Kalau bab doa makan,memang dia dah pandai baca sejak dok rumah tokngah lagi..Tokngah yg ajarkan dia..Kalau time azan pun dia dah pandai ikut orang azan,dahtu doa selepas azan pun dia dah leh hafal ckit2..Alhamdulillah3x...

Lega aku tgk perubahan anak aku..sejak dia dah besar ni..semakin cerdik..Pampers pun dah tak pakai lani..aku cuma boh time tido ja..takut terkencing tilam..hehehe..

Syukur padamu ya Allah sebab kurniakan anak yang sihat dan sangat bijak untuk aku dan hubby...
Sekarang ni aku akan cuba bagi didikan yang terbaik untuk intan payung aku sorang tu..
Semoga dia menjadi anak yang soleh dikemudian hari..

So,untuk this year,aku plan antar dia dekat tadika tu sampai hujung tahun,start 2014,aku nak antar ke "Little Caliphs Kindergarden".
Setelah baca beberapa review pasal tadika ni,memang aku excited gila nak antar dia..biar mahai ckit takpa..janji diri anak aku tu dapat dicorakkan dengan elok...:-)

Untuk kawan2 yg ada anak kecil (4-6 tahun),aku memang recommended kalau ibubapa nak antar anak2 ke sini..
Boleh masuk web http://littlecaliphs.com.my/ kalau nak tau details..
Untuk pengetahuan semua,tadika ni pernah masuk Majalah 3 tau..(promote nampak..kikiki)

Insyaallah..next year my lil son akan sekolah kt ctu..Doa-doakan semoga impian aku tercapai..Amin3x ya rabbal Alamin..







Monday, July 22, 2013

Ramadhan Buffet at The Summit Hotel,BM

Kemarin..telah berlangsungya majlis berbuka puasa with my BFF kat Summit Hotel,BM...
Iena Sabri selaku Setiausaha Cum Bendahari telah menjalankan tugasnya dengan sempurna..hahaha
Memang sangat berpuas hati dgn makanan yg disediakan..Harga plak berbaloi sgt..
Harga sebenar per person ialah rm 40,tp oleh kerana puan setiausaha kami dah book awal (b4 11 July) kami dapat discount price..iaitu rm 30/person (including tax)..murah kan??

Antara menu2 yg ada ialah
1)Kambing Bakar
2)Sate
3)Ikan pari bakar
4)Kari kepala ikan
5)Nasi goreng
6)Ulam-ulaman
7)Soto
8)Daging Blackpaper

And macam2 lg lah..berbaloi kan???hehehehe
Aku xsempat nak snap gambaq makanan sebab sibuk melayan anakku..biasa ar dia..lari merata..
Kdang tu dia lari pi dkt pool..risau sgt aku takut jatuh..jenuh..hehee

Okla..aku takdak mood nak karang panjang2 arini..sebab selsema n rasa nak demam..
So kita layan gambaq jelah gambaq2 model tak berbayar ni k..hahahaha...hehehe


Tudia..makanan penuh meja



Over acting


Buah last b4 balik


Ramai2..yeayy..happening


Nenial & Auntie..punya seronok sbb auntie rajin layan..

Last but not least..Thanks to all sebab sama2 join n mengeratkan silaturrahim antara kita..
Thanks to my love hubby jgk sbb sporting & enjoy with my frens...
Kawan ayg kwn abg jgk kn..hehehe..